Para pelajar di KKTM, MJII dan IKM adalah digalakkan bergiat aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum badan beruniform untuk melahirkan pelajar yang memiliki kekuatan jasmani, emosi yang stabil, keutuhan rohani serta memiliki sahsiah yang terpuji di samping memiliki kecerdasan dan kematangan intelek yang baik. Selain itu, ia juga mampu mengasah bakat kepimpinan para pelajar. Antara badan beruniform yang boleh di sertai oleh pelajar seperti Angkatan Pertahanan Awam malaysia, KESATRIA, Askar Wataniah, RELA dan sebagainya.