INFORMASI KORPORAT
VISI
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.
MISI
Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan.
OBJEKTIF
- Menjadi institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan institusi dan teknousahawan
- Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship)
- Pemangkin dalam revolusi teknologi bagi meningkatkan daya saing
- Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik
- Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa
Simbolik Oval Emas
- Sebuah institusi teknikal yang bertaraf dunia
Simbolik Buku Tiga Bertindih
- Peringkat pengajian di MARA bermula daripada peringkat sijil, seterusnya diploma dan akhirnya ijazah
Simbolik Gear
- KKTM adalah sebuah kolej berasaskan kemahiran
Simbolik Percikan Api & Simbol Jangka lukis
- Bidang Teknikal (TVET) mempunyai masa depan yang sangat cerah
Simbolik Tiga Garisan Putih
- KKTM menawarkan program-program dari peringkat asas, pertengahan dan tertinggi
Perkongsian Teknologi Moden | Futuristic Robotik | Keyakinan | Energy
M - MARA sebagai pemilik fasilitis dan pusat pendidikan
J - Jepun sebagai sumber kepada teknologi
Logo melambangkan pemprosesan sumber manusia untuk tenaga mahir berteraskan industri berteknologi tinggi masa kini & hadapan.
Huruf J Merah memayungi i - mencurahkan segala ilmu berdaskan teknologi
Huruf I Biru tanpa dipayung J - Produk Ready (graduan) yang bersedia untuk memenuhi kehendak dan permintaan tenaga kerja berkemahiran & berteknologi tinggi
- Mengemukakan tawaran kepada calon yang berjaya mengikuti pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan melalui atas talian (online) dan tawaran serta-merta kepada calon yang berjaya melalui permohonan terbuka (open registration).
- Mengadakan mesyuarat senat bagi mengesahkan keputusan peperiksaan pelajar dua (2) minggu selepas peperiksaan akhir tamat.
- Memproses bayaran kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari setelah menerima baucer bayaran yang lengkap.
- Menyelesaikan kes-kes rayuan disiplin pelajar dalam tempoh 14 hari selepas menerima rayuan.
Cokmar ini menterjemahkan visi dan misi KKTM, MJII & IKM dengan penerapan beberapa ukiran yang mempunyai motif tradisi dengan kombinasi rupa bentuk yang dinamik. Rekabentuk cokmar yang unik dan inovatif ini mempunyai tiga (3) komponen utama.
Bahagian Pertama
Merupakan kepala cokmar yang berbentuk sebuah menara kubah yang melambangkan KKTM, MJII & IKM sebagai salah sebuah institusi latihan berfokuskan kepada kemahiran teknikal berteraskan falsafah keilmuan Islam.
Bahagian Kedua
Merupakan batang cokmar yang diukir dan terbahagi kepada dua bahagian. Ia mencerminkan dua (2) peringkat pengajian yang ditawarkan di KKTM, MJII & IKM iaitu program sijil dan diploma. Pada batang cokmar ini juga dikelilingi batu permata yang melambangkan kilauan kejayaan dalam melahirkan generasi berwawasan dan berdaya maju untuk menerajui kepimpinan negara.
Bahagian Ketiga
Merupakan bahagian hulu cokma yang menjadi asas kekukuhan dalam perkembangan ilmu pengetahuan disamping menjunjung nilai-nilai tradisi dan kepercayaan kepada Yang Maha Esa.