M23 - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN REKABENTUK)
/*Free */
MEKANIKAL PEMBUATAN

M23 - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (LUKISAN REKABENTUK)

TEMPOH PENGAJIAN

24 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA2604, MQA.FA2582, MQA/FA2597, MQA/FA2620, MQA/FA2613

IKM TERLIBAT

Johor Bahru, Lumut, Jasin, Besut, TSYA Pekan

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

  1. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  2. Lulus Matematik

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan mekanikal (rekabentuk) yang merangkumi teknik asas lukisan teknik, geometri dan kejuruteraan mekanikal menggunakan kaedah konvensional serta perisian komputer. Graduan turut akan berkemahiran untuk menyediakan lukisan-lukisan teknikal standard seperti lukisan mesin dan komponen, lukisan perkhidmatan mekanikal dan elektrik serta lukisan asas perpaipan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

KANDUNGAN SILIBUS

Semester 1: Mechanical Workshop, CAD for Engineering 1, Engineering Drawing, Engineering Science 1, Technical Mathematics 1, Entrepreneurship 1, English and Communications 1, Konsep Asas Islam, Asas Etika dan Moral, Co-Curriculum 1

Semester 2: Mechanical Draughting 1, CAD for Engineering 2, M&E Services Drawing 1, Engineering Science 2, Technical Mathematics 2, Entrepreneurship 2, English and Communication 2, Tasawwur Islam, Teori Etika dan Konflik Moral, Co-Curriculum 2

Semester 3: Mechanical Draughting 2, CAD for Engineering 3, M&E Services Drawing 2, Process Piping Draughting, Engineering Materials Fundamental, Peradaban Islam, Masalah dan Isu Moral, Pengajian Malaysia

Semester 4: Latihan Industri

PROSPEK KERJAYA

Pelukis Pelan (Drafter), Pelukis Pelan Mekanikal (Mechanical Draughtsman), Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal  Rekabentuk (KKTM Pasir Mas)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (KKTM Kuantan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (KKTM Balik Pulau)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search