D12 - SIJIL TEKNOLOGI UPHOLSTERI INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN
/*Free */
SENI & REKABENTUK

D12 - SIJIL TEKNOLOGI UPHOLSTERI INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN

TEMPOH PENGAJIAN

24 Bulan (Sepenuh Masa)

IKM TERLIBAT

Sungai Petani, Lumut

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau yang setara.

LULUSAN SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 atau 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara atau lulus SPM.

LULUSAN GIATMARA

Lulus Sijil Profesional GIATMARA dalam bidang berkaitan.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi upholstri industri dan hiasan dalaman yang merangkumi kemahiran dalam pembangunan hasilan upholstri, trim automotif dan hiasan dalaman. Graduan akan berkemahiran untuk mengendalikan pelbagai jenis mesin dan bahan yang terlibat dalam industri upholstri dan hiasan dalaman. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

KANDUNGAN SILIBUS

Semester 1: Upholstery Workshop 1, Upholstery Technology 1, Interior Decoration 1, Upholstery Machinery, Engineering Drawing, Mathematics, Entrepreneurship 1, English and Communications 1, Konsep Asas Islam, Asas Etika dan Moral, Co-Curriculum 1

Semester 2: Upholstery Workshop 2, Upholstery Technology 2, Interior Decoration 2, Interior Decoration Design 1, Computer Aided Design 1, Entrepreneurship 2, English and Communication 2, Tasawwur Islam, Teori Etika dan Konflik Moral, Co-Curriculum 2

Semester 3: Upholstery Workshop 3, Upholstery Technology 3, Interior Decoration 3, Interior Decoration Design 2, Computer Aided Design 2, Peradaban Islam, Masalah dan Isu Moral, Pengajian Malaysia 

Semester 4: Latihan Industri

PROSPEK KERJAYA

Pereka upholstri, pereka hiasan dalaman, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Rekabentuk Perabot (KKTM Rembau)
  • Diploma Hiasan Dalaman (UiTM)

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search