M63 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN TEKAN)
/*Free */
MEKANIKAL PEMBUATAN

M63 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (ACUAN TEKAN)

TEMPOH PENGAJIAN :

36 Bulan (Sepenuh masa)

 

AKREDITASI :

MQA/FA7921

 

KKTM TERLIBAT :

Balik Pulau

 

SYARAT KELAYAKAN :

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

    DAN

    LULUS Bahasa Inggeris

 

 B. LULUSAN STPM

     LULUS STPM dengan mendapat sekurang - kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran

 

C. LULUSAN STAM

    LULUS STAM pangkat maqbul

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN

     LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)

     LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50

     ATAU

     LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan

    sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

 

     LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

    LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah

    (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

 

    PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]

 

SINOPSIS PROGRAM :

Tools and dies merupakan bahagian peralatan yang utama dalam sektor pembuatan. Program ini tertumpu kepada rekabentuk, pembuatan dan penyelenggaraan dalam acuan tekan di samping penekanan disiplin terhadap penggunaan mesin penekan, mesin CNC berteknologi tinggi, kerja logam dan AutoCAD. Industri pembuatan memerlukan pekerja mahir yang terlatih untuk memainkan peranan penting dalam membina dan mengekalkan pengeluaran peralatan automatik termaju bagi memenuhi kehendak pasaran. Program ini bertujuan bagi membangunkan pelajar untuk menjadi antara individu utama dalam perniagaan kerja logam, mempunyai versatiliti dalam memanipulasi kemahiran mereka dalam penghasilan barangan-barangan jentera dan mesin yang lebih jitu serta mampu untuk merekabentuk peralatan yang terbaik.

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Tahun 1 : Engineering Drawing, Workshop Practices, Engineering Metrology, Conventional Turning, Engineering Science,  Engineering

                   Mathematics 1, English for Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, Co-curriculum 1,

                   Introduction to Mould, Mould Design 1, Computer Aided Design, Conventional Milling, CNC Turning Technology, Engineering

                   Mathematics 2, English for Communication 2, Pengajian Malaysia, Co-curriculum 2

Tahun 2 : Mould Design 2, Mould Analysis (CAE), CNC Milling Technology, Grinding Practices, Occupational Safety and Health Act,

                  Engineering Materials, Manufacturing Processes, Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral,

                  Project Proposal, Mould Manufacturing, Advanced Mould Manufacturing, CAD CAM Technology, EDM Practices, Static and

                  Dynamics, Start-Up Enterprise

Tahun 3 : Final Year Project, Injection Moulding Machine, Electrical and Sensor Fundamental, Quality Management, Pneumatic and

                  Hydraulic, Digital Enterprise, Industrial Training 

 

PROSPEK KERJAYA :

Pembantu Jurutera Alatan, Pembantu Jurutera Rekabentuk Acuan, Pembantu Jurutera Rekabentuk Mould, Pengaturcara CNC, Penolong Jurutera Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Mekanik, perancang pengeluaran, Eksekutif Jaminan Kualiti, Perekabentuk Alatan, Pereka Produk, Eksekutif Jualan, Penyelidikan dan Pembangunan Perseorangan, Usahawan

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  •  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Pembuatan) (UniMAP)
  •  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (UKM)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search