M66 - DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN
/*Free */
MEKANIKAL PEMBUATAN

M66 - DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN

TEMPOH PENGAJIAN :

36 Bulan (Sepenuh Masa)

 

KKTM/IKM TERLIBAT :

IKM TSYA (1 Tahun 6 Bulan) dan KKTM Balik Pulau (1Tahun 6 Bulan)

 

SYARAT KELAYAKAN

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM dengan dua (2) Kepujian dalam manamana mata pelajaran

 

B. SYARAT KEMASUKAN LAIN LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA

    (ILKA/ILKS)LULUSAN IKM/ ILKA/ ILKS

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.00

    ATAU

    LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

    LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

    ATAU

    LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

        • Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 2.00

        • Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104

        • PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67

        • Kompeten semua modul vokasionalLULUSAN SKM

 

SINOPSIS SILIBUS :

Program ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran praktikal dalam industri pembuatan berasaskan pemesinan. Pelajar akan mempelajari kaedah pemesinan konvensional dan bukan konvensional seperti CNC. Pelajar akan menggunakan perisian kejuruteraan dalam merekabentuk produk seterusnya merancang proses pembuatan yang diperlukan untuk pengeluaran produk. Di samping kemahiran teknikal, pelajar juga diberi penekanan dalam kemahiran insaniah serta bidang keusahawanan yang menjadi kriteria penting dalam bidang pekerjaan ataupun menjadi teknousahawanan

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Semester 1 : Conventional Turning, Workshop Practices, Engineering Drawing, Engineering Metrology, Mathematics A, Penghayatan Islam, Moral dan Nilai Murni, Communicative English 1, Co Curriculum 1

Semester 2 : CNC Turning Technology, Conventional Milling, Manufacturing Processes, Computer Aided Design, Engineering Science, Pengajian Malaysia, Co Curriculum 2

Semester 3 : CNC Milling Technology, EDM Practices, Grinding Practices, Sheet Metal Fabrication, Engineering Materials, Communicative English 2

Semester 4 : CAD CAM Technology, Jigs and Fixtures Design, Manufacturing Project, Precision Technology, Project Proposal, Occupational Safety And Health

Semester 5 : Advanced Machining Technology, Final Year Project, Quality Management, Workshop Management, Pneumatic & Hydraulic, Digital Entrepreneurship

Semester 6 : Industrial-Techno Training

 

PROSPEK KERJAYA :

Juruteknik Pengeluaran, CNC, CAD/CAM, Senggaraan, Servis dan pemasangan, R&D, Eksekutif Jualan Teknikal, Pengaturcara CAD/CAM dan CNC serta Teknousahawan

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di institusi pendidikan awam dan swasta seperti Universiti Teknikal di Malaysia dan UNIKL  serta luar negara

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search