P69 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI PESISIR)
/*Free */
MINYAK & GAS

P69 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI PESISIR)

TEMPOH PENGAJIAN :

36 Bulan (Sepenuh Masa)

 

AKREDITASI :

MQA/FA8751

 

KKTM TERLIBAT :

Kemaman

 

SYARAT KELAYAKAN :

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

    DAN

    LULUS Bahasa Inggeris

 

B. LULUSAN STPM

    LULUS STPM dengan mendapat sekurang - kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran

 

C. LULUSAN STAM

    LULUS STAM pangkat maqbul

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)

     LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.

     ATAU

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

 

     LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

     LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

 

    PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]

 

SINOPSIS PROGRAM :

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan loji khususnya dalam industri hiliran seperti susunatur, PFD, P&ID, proses, peralatan, keselamatan dan pengoperasian loji. Pelajar berpeluang merasai pengalaman seperti dalam pekerjaan sebenar melalui pembelajaran mengendalikan operasi unit dan proses menggunakan loji yang mirip kepada proses sebenar dengan industri. Pelajar turut dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul semasa mengendalikan operasi loji supaya sentiasa mengikut standard operasi dan spesifikasi. Para pelajar yang berjaya tamat dari program ini boleh bekerja di loji minyak dan gas, kimia, petrokimia dan pemprosesan makanan

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Tahun 1 : Computer Aided Drafting, Workshop Technology, Electrical And Electronics Fundamental, Chemistry Process Schematic,

                  Statics And Strength Of Materials, Petroleum Exploration And Production, Occupational Safety And Health

Tahun 2 : Fundamental Of Plant Layout, Fluid Mechanics, Plant 3D Modelling, Process Instrumentation And Measurement, Project

                  Management, Pneumatics And Hydraulics, Thermodynamics, Process Plant Operation 1, Static Equipment, Process Piping

                  System, Project Proposal

Tahun 3 : Final Year Project, Process Rotating Equipment, Process Plant Operation 2, Industrial Training

 

PROSPEK KERJAYA :

Pembantu Jurutera, Operator Loji (Juruteknik operasi loji), Juruteknik Proses, Panelman Loji, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan.

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search