P67 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI LOJI)
/*Free */
MINYAK & GAS

P67 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI LOJI)

TEMPOH PENGAJIAN :

36 Bulan (Sepenuh Masa)

 

IKM TERLIBAT :

Bintulu

 

SYARAT KELAYAKAN :

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

    DAN

    LULUS Bahasa Inggeris

 

B. LULUSAN STPM

    LULUS STPM dengan mendapat sekurang - kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran

 

C. LULUSAN STAM

    LULUS STAM pangkat maqbul

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)

     LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.

     ATAU

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

 

     LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

     LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

 

    PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]

 

SINOPSIS PROGRAM :

Program ini menawarkan pembelajaran secara teori dan amali untuk mengendalikan operasi unit dan proses di dalam loji supaya berfungsi dengan baik dan selamat. Pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul semasa mengendalikan operasi loji. Pelajar turut didedahkan dengan parameter operasi, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan startup/shutdown menggunakan proses simulasi dan loji sebenar

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Semester 1 : Piping and Instrumentation Diagram, Workshop Practice, Health, Safety and Environment, Engineering Drawing,

                         Engineering Mathematic 1, English For Communications 1, Perspektif Islam, Teori Etika & Amalan Moral, Co-Curriculum 1

Semester 2 : Basic Electrical, Piping, Valves and Fittings, Petroleum Science, Engineering Science, Engineering Mathematics 2, English

                         For Communications 2, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum 2

Semester 3 Static Equipment Operation, Thermodynamics, Process Measurement and Control, Rotating Equipment Operation,

                         Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral

Semester 4 : Process Plant Control System, Plant Utilities, Unit Operation, Upstream Plant Operation, Project Proposal, Project

                         Management, Start-Up Enterprise

Semester 5 : Downstream Plant Operation, Environmental Engineering, Terminal Operation, Final Year Project, Digital Enterprise

Semester 6 : Industrial Training

 

PROSPEK KERJAYA :

Operator Loji (Juruteknik operasi loji), Juruteknik proses, Panelman loji, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan.

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search