C44 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (FORENSIK BANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN)
/*Free */
AWAM

C44 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (FORENSIK BANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA0278

KKTM TERLIBAT

Sri Gading

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

              DAN

        LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0)  

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

             ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan sekurang-kurangnya memiliki PT3.

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A))

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang pembinaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional mengikut keperluan industri pembinaan semasa. Pelajar-pelajar didedahkan dengan pemahaman dan kebolehan menggunakan terminologi forensik di dalam bidang Teknologi Pembinaan. Pelajar-pelajar didedahkan dengan kebolehan memahami, mengenal pasti, menganalisa keberkesanan pembinaan, memahami prinsip forensik bangunan dan bersaing dalam penyiasatan dan baikpulih bangunan. Seterusnya pelajar akan dilatih menerusi projek lengkap yang mengaplikasikan teori dan teknik tersebut.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Construction Drawing, Construction Technology, Introduction to Mechanical and Electrical Technology, Construction Safety and Health, Technical Science, Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Teori Etika dan Amalan Moral, Perspektif Islam, Co-curriculum 1, Industrialized Construction Technology, Introduction to Building Information Modeling, Construction Materials, Engineering Science, Engineering Mathematics 2, English for Communication 2, Masalah dan Isu Moral, Islam Kontemporari, Co-curriculum 2

Tahun 2: Construction Equipments and Methods, Building Maintenance Management, Structural Concrete Design Technology, Construction Survey, Engineering Mathematics 3, Pengajian Malaysia, Building Forensic, Forensic In Reinforced Concrete, Project Proposal, Green Energy and Efficient Buildings, Environmental Technology, Start-up Enterprise

Tahun 3: Building Repair Technology, Forensic in Construction Stage, Final Year Project, Building Quantities and Estimating, Project Management, Digital Enterprise, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Ahli Perkhidmatan Teknologi atau Penyelia, Penyelaras Projek, Kontraktor, Pemeriksa Projek Pembinaan, juruteknik atau Penyelia Makmal dan Ahli Jualan Teknologi, Usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Pembinaan dengan Kepujian (UTHM)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan & Penyenggaraan) dengan Kepujian (UTHM)
  • Bachelor of Vocational Education (Building and Constructions) with Honours (UTHM)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam/ Kejuruteraan Awam Persekitaran (UMP)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) (UNITEN)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Pembinaan dengan Kepujian (IUKL)
  • Bachelor of Technology (Hons) In Water & Wastewater (BTWW) (IUKL)
  • Bachelor of Engineering Technology (Hons) In Naval Architecture & Shipping (UniKL MIMET)
  • Bachelor of Engineering Technology (Hons) In Facilities Maintenance Engineering (UniKL MIMET)
  • Bachelor of Engineering Technology Air Conditioning (UniKL MFI)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) (Pembinaan) (UniMAP)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search