A01 - DIPLOMA TEKNOLOGI  AUTOMOTIF JENTERA BERAT
/*Free */
AUTOMOTIF

A01 - DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF JENTERA BERAT

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa) 

 

IKM TERLIBAT

Jasin, Melaka

 

SYARAT KELAYAKAN

A. SYARAT KEMASUKAN SPM :

LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mana – mana mata pelajaran

DAN

LULUS Bahasa Inggeris dan Matematik

 

B. LULUSAN STPM : 

LULUS STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana -mana satu (1) mata pelajaran

 

C. LULUSAN STAM :

LULUS STAM pangkat maqbul

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN :

    LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.

    ATAU

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi,  dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

 

  LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

  LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

  ATAU

  LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) 

  • Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 3.33,
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104, dan
  • PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 3.67 dan kompeten semua modul vokasional      

 

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]

 

SINOPSIS PROGRAM :

Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi Automotif Jentera Berat yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem Automotif Jentera Berat. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem Jentera Berat. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan sepanjang tempoh pengajian. Pelajar akan diterapkan dengan  pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

 

KANDUNGAN SILIBUS : 

Semester 1 : Petrol Engine, Workshop Fundamental, Automotive Electrical and Electronic 1, Mathematics, English for Communication,

                     Penghayatan Akidah, Teori Etika Dan Amalan Moral, Co-Curriculum 1

Semester 2 : Power Train & Steering System 1, Heavy Machinery Technology, Automotive Electrical and Electronic 2, Calculus, English for Career

                     Development, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum 2

Semester 3 : Power Train and Steering System 2, Hydraulic 1, Diesel Engine 1, Automotive Electrical and Electronic 3, Technical Mathematics,

                     Syariah Dan Kehidupan, Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Murni

Semester 4 : Electronic Engine System, Diesel Engine 2, Hydraulic 2, Computer Aided Design, Project Proposal, Start-Up Enterprise  

Semester 5 : Diesel Engine 3, Automotive Air Conditioning Technology, Undercarriage System, Failure Mode and Effects Analysis, Final Year

                     Project, Digital Enterprise

Semester 6 : Industrial Training

 

PROSPEK KERJAYA

Penolong Jurutera, Penasihat Servis Kenderaan, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  •  Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTeM)
  • Ijazah Teknologi Kejuruteraan Automotif (UniMAP)
  • Ijazah Teknologi Kejuruteraan Automotif (UMP)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTHM)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyelenggaraan Automotif  (UniKL MFI)
  • Ijazah Teknologi Kejuruteraan  Automotif (DRB Hicom University)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Automotif) (UniKL MSI)

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search