N62 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (PENYELENGGARAAN INDUSTRI)
/*Free */
MEKANIKAL SERVIS

N62 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (PENYELENGGARAAN INDUSTRI)

TEMPOH PENGAJIAN :

3 Tahun (Sepenuh Masa) 

 

IKM TERLIBAT :

Jasin

 

SYARAT KELAYAKAN 

A. SYARAT KEMASUKAN SPM :

    LULUS SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. SATU (1) Kumpulan Mata Pelajaran Sains / Vokasional & Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana SATU (1) mata pelajaran lain

     DAN

     LULUS dalam bahasa Inggeris

 

B. LULUSAN STPM : 

    LULUS STPM dengan mendapat sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran

 

C. LULUSAN STAM : 

    LULUS dalam STAM pangkat Maqbul

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN :

     LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)

     LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.

    ATAU

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤ PNGK < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

    ATAU 

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

 

LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) :

LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

 

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]

 

SINOPSIS PROGRAM :

Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (Penyelenggaraan Industri) ialah program tiga tahun yang menyediakan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam teknologi penyelenggaraan industri yang bermula dari asas kejuruteraan dan prinsip pengkhususan serta pengetahuan lain yang berkaitan dengan revolusi industri 4.0. Program ini menawarkan latihan yang merangkumi penilaian melibatkan operasi serta penyelenggaraan seperti kren, lif (elevator), tangga gerak (escalator) yang menggunakan sistem kawalan teknologi terkini. Pelajar akan menguasai kemahiran dalam bidang selenggara sistem automasi, robotic dan Internet of thing (IOT). Selain itu juga pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan yang melibatkan mekanikal, elektrikal dan elektronik yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu memperolehi pelbagai kemahiran (multiskill). Komponen program ini menerapkan elemen pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah bagi melahirkan graduan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melengkapkan profesion. Komponen kajian terbahagi kepada tiga iaitu Modul Wajib, Modul Teras dan Latihan Industri.

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Semester 1 : Electrical and Electronic Technology, Engineering Drawing and Cad, Engineering Science,

                       Industrial Technology, Occupational Safety and Health, Engineering Mathematics 1, English for

                       Communication, Penghayatan Akidah/Asas Pengajian Moral & Co-Curriculum 1

Semester 2 : Cad/Cam Technology, Industrial Automation 1, Machine Technology, Maintenance Fundamentals,

                       Metrology, Engineering Mathematics 2 & Co-Curriculum 2

Semester 3 : CNC Technology, Industrial Management, Machine Element, Service and Maintenance, Mathematic

                       for Mechanical Engineering, English for Career Development & Syariah dan Kehidupan

Semester 4 : Computer Assisted Design, Engineering Materials and Processing, Industrial Automation 2,

                      Industrial Robotics Systems Maintenance, Instrumentation and Control Systems,

                      Project Proposal & Start-Up Enterprise

Semester 5 : Final Year Project, Industrial Maintenance, Machine Tool Verification, Digital Enterprise &

                     Pengajian Malaysia

Semester 6 : Industrial Training

 

PROSPEK KERJAYA :

Penolong Jurutera, Penyelia dalam sektor awam dan swasta, Usahawan.

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

Universiti Kuala Lumpur - UniKL

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Automasi dan Robotik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Penyelenggaraan Fasiliti

DAN

Universiti Awan yang terpilih seperti:

  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - UTHM
  • Universiti Malaysia Pahang - UMP
  • Universiti Teknologi Malaysia - UTM

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search