D33 - DIPLOMA FILEM DAN ANIMASI DIGITAL
/*Free */
SENI & REKABENTUK

D33 - DIPLOMA FILEM DAN ANIMASI DIGITAL

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA0634

KKTM TERLIBAT

Rembau

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. DAN

  1. Lulus Bahasa Inggeris
  2. Lulus mata pelajaran Pendidikan Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal atau setara pada peringkat SPM DAN
  3. Lulus Ujian Portfolio yang dikendalikan oleh MARA.

LULUSAN STPM
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran berkaitan Kumpulan Sains/ Kumpulan Vokasional & Teknologi/ Kumpulan Pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV).

LULUSAN STAM
Lulus STAM pangkat maqbul DAN Lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran berkaitan Kumpulan Sains/ Kumpulan Vokasional & Teknologi/ Kumpulan Pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV).

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS
Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

LULUSAN  SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan, yang diiktiraf atau setara DAN Lulus SPM sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri filem dan animasi. Pelajar akan mempelajari cara untuk merangsang idea, menulis cadangan, memahami amalan rangkaian animasi dan menguruskan perbelanjaan produksi. Penekanan kepada pembangunan kemahiran dalam kraf penulisan layar dan produksi seperti mengarah dan penyuntingan dalam menjadikan jalan cerita yang berstruktur dan beremosi juga akan diterapkan dalam kursus ini.

KANDUNGAN SILIBUS

Semester 1: Introduction to Film and Animation, Basic Visual Communication, Digital StoryTelling and Scriptwriting, Drawing Fundamentals, Fundamentals Mathematics, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, English for Communication 1, Co-Curriculum 1, Digital 2D Animation Design, Digital Photography, 3D Computer Modelling, Storyboarding, English for Communication 2, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum

Semester 2: Digital Video Editing, Digital Video Production, 3D Character Animation, Acting for Film and Animation, Digital Sound Design, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral, Documentary Production, Advanced 3D Computer Animation, Film and Compositing and Visual Effects, Motion Capture Production, Start-Up Enterprise

Semester 3: Film and Animation Showcase, Digital Portfolio Design, Professional Practice for creative Industries, Digital Enterprise, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Pengarah seni, sinematografer, pereka pengiklanan, ilustrator, jurugambar, juruanimasi, pegawai grafik komputer, penerbit, freelancer, usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Kepujian) Animasi dan Teknologi Skrin  (UiTM)
  • Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Kepujian) (Filem Dan Animasi) (MMU)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia (Kepujian) Animasi Komputer (UniKL)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia (Kepujian) Rekabentuk Multimedia Interaktif (UniKL)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search