C21 - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN
/*Free */
AWAM

C21 - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN

TEMPOH PENGAJIAN :

24 Bulan (Sepenuh Masa)

 

AKREDITASI :

MQA/FA2572, MQA/FA2584, MQA/FA2616, MQA/FA2630

 

IKM TERLIBAT :

Sungai Petani, Lumut, TSYA Pekan, Kota Kinabalu

 

SYARAT KELAYAKAN :

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM atau setara dengan sekurangkurangnya:

    1. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.

    2. LULUS Matematik

 

B. SYARAT KEMASUKAN LAIN

    LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

    LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

 

SINOPSIS PROGRAM :

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan bangunan yang meliputi kerja-kerja menerap bata dan blok, konkrit dan ornamental, melepa (plastering), memapak (paving), memasang jubin (lantai dan dinding), membuat penganggaran, interpretasi plan serta pengurusan kontrak bangunan. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Semester 1: Building Consruction Practice 1, Building Construction 1, Construction Materials,  Engineering Drawing, Mathematics,

                        Entrepreneurship 1, English and Communication 1, Konsep Asas Islam, Asas Etika dan Nilai, Co-Curriculum 1

Semester 2Building Construction Practice 2, Building Construction 2, Technical Drawing, Building Services, Building Quantities

                        and Estimating, Technical Mathematics 2, E-Technopreneur 2, English and Communication 2, Tasawwur Islam,

                        Teori Etika dan Konflik Moral, Co-Curriculum 2

Semester 3: Building Construction Practice 3, Building Construction 3, Building Construction Supervisory, Contract Procedure,

                        Final Year Project, Peradaban Islam, Masalah dan Isu Moral, Pengajian Malaysia

Semester 4: Latihan Industri

 

PROSPEK KERJAYA :

Kontraktor Bangunan, Juruteknik Bangunan dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Bangunan (KKTM Pasir Mas)
  • Diploma Teknologi Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan) (KKTM Sri Gading)
  • Diploma Teknologi Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan) (KKTM Sri Gading)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search