A62 - DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF
/*Free */
AUTOMOTIF

A62 - DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

IKM TERLIBAT

Beseri, Lumut, Besut

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM dengan dua  (2) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ ILKA (ILP/IKBN/POLITEKNIK/KOLEJ VOKASIONAL/KOLEJ KOMUNITI)/SWASTA (ILKS)

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan CGPA≥ 2.00 

               ATAU

LULUSAN SKM 

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi automotif yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem teknologi automotif. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Engine Technology 1, Workshop Fundamentals, Engineering Drawing, Mathematics, Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Penghayatan Islam, Moral dan Nilai Murni, Co-curriculum 1, Engine Technology 2, Vehicle Technology 1, Electrical and Electronic, Fundamental, Engineering Science, Pengajian Malaysia, Co-curriculum 2

Tahun 2: Automotive Electrical Technology, Vehicle Technology 2, Engineering Materials, Automotive Air Conditioning Technology, Engineering Materials, Communicative English 2, Engine Technology 3, Electronic Control System, Computer Aided Design Project Proposal, Pneumatic and Hydraulic, Digital Entrepreneurship

Tahun 3: Vehicle Technology 3, Final Year Project, Hybrid and Electric Vehicle, Final Year Project, Supervisory Skills, Latihan Industri

PROSPEK KERJAYA

Penolong Jurutera, Penasihat Servis Kenderaan, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal

PELUANG MELANJUTKAN KERJAYA

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)Dengan Kepujian (UTHM)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTeM)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Automotif) (UniKL MSI)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyelenggaraan Automotif (UniKL MFI)

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search