3 September 2020, Selangor: MARA–Japan Industrial Institute (MJII) telah berjaya memperoleh pingat Emas dalam Program Annual Quality Environment Challenge (AQEC) 2020. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Ab Rahim Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Malaysia Productivity Corporation (MPC). Majlis berlangsung secara online melalui GoToWebinar.
Program AQEC 2020 menyediakan platform kepada organisasi yang menyertai program Persijilan QE/5S anjuran MPC untuk membentangkan dan berkongsi amalan terbaik perlaksanaan QE/5S di organisasi masing-masing. Bagi sesi kali ni, sebanyak 17 buah organisasi telah mengambil bahagian antaranya Asiaflex Products Sdn Bhd, Institute Pengurusan Kualiti (IPQ) UUM, Power Cables (M) Sdn Bhd, MPAJ, Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Aminah JB dan Rapid Rail Sdn Bhd.
Sesi soal jawab telah berlangsung secara atas talian melalui platform GoToWebinar. Secara keseluruhan, panel penilai amat berpuas hati dengan amalan persekitaran terbaik yang diamalkan oleh MJII selaras dengan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan.