Teaching Factory
KKTM Masjid Tanah, Melaka KKTM Kuantan, Pahang
Tujuan kolaborasi diantara MARA dengan Syarikat Composite Technology & Research Malaysia
Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui KKTM Masjid Tanah telah berkolaborasi dengan Syarikat Composite Technology & Research Malaysia (CTRM) sejak tahun 2013 untuk membekalkan tenaga kerja dalam bidang industri aeroangkasa bertepatan dengan Aerospace Blueprint 2030. Kolaborasi ini akan menghasilkan tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi yang memenuhi 3 elemen kompetensi iaitu teknikal, sosial dan kemanusian. KKTM Masjid Tanah terpilih sebagai hub kecemerlangan dalam bidang teknologi pemprosesan komposit. Disamping itu, fasiliti di KKTM Masjid Tanah juga mmenuhi spesifikasi sebagai pusat latihan pindustri aeroangkasa.
Objektif kolaborasi diantara MARA dengan Syarikat Composite Technology & Research Malaysia (CTRM)
Objektif kolaborasi adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah ilmu pengetahuan baru berkaitan dengan penyelidikan dan pembuatan produk industri aeroangkasa. Konsep 'Teaching Factory' yang digunakan menjadi nilai tambah kepada institusi dalam memperkasa pendidikan teknikal dan vokasioanl. Pendekatan latihan ini meningkatkan pengetahuan dalam mewujudkan transformasi produk dan bahan yang bermanfaat untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Bagi Latihan Berasaskan Industri (IBT) di KKTM Masjid Tanah menawarkan perkhidmatan dalam teknologi penyelidikan, pembuatan, konsultasi dan pengujian ('testing').