SR SCAFFOLD

IKM Bintulu, Sarawak

SR Scaffold

SR Scaffold Resources Sdn. Bhd. merupakan pengendali kursus di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang menjalankan perkhidmatan 'Education & Services' dalam bidang industri minyak dan gas khususnya program latihan kompetensi ('Scaffolding') yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Aktiviti yang dilakukan oleh SR Scaffold

Menjalan program Professional Certification dalam bidang yang diperlukan bagi menyokong pembangunan industri minyak dan gas khususnya kepada belia Sarawak serta membuka peluang kepada pelajar dan warga kerja IKM Bintulu untuk turut serta. Pusat latihan ini yang bertempat di IKM Bintulu menyediakan latihan dan penempatan industri kepada peserta-peserta program tersebut setelah mereka menamatkan latihan.

Kelebihan SR Scaffold

Pusat latihan ini di IKM Bintulu memberikan pendedahan kepada MARA berkaitan perkembangan teknologi terkini dalam industri  minyak dan gas. Pendedahan ini membantu meningkatkan kepakaran serta tahap kompetensi pensyarah IKM bintulu seiring dengan keperluan industri.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search