MADRID ENGINEERING
Ditubuhkan oleh saudara Mohd Ridhuan Bin Sulaiman yang merupakan bekas pelajar Teknologi Kejuruteraan Gas di IKM JB bagi sesi Januari 2000 hingga Jun 2001.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada 24 Jun 2014 dengan modal permulaan sebanyak RM 100,000.00. Bidang perniagaan utama yang dipelopori oleh syarikat ini adalah dalam membekal, merekabentuk, dan memasang sistem perpaipan gas petroleum cecair dan gas asli, sistem pengesan gas serta pembaharuan lesen gas persendirian.
Madrid Engineering Sdn. Bhd. telah melakukan kerjasama dengan pihak MARA dengan menyediakan tempat bagi pelajar dalam bidang Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas untuk menjalani program latihan industri selama 6 bulan.