TEMPOH PENGAJIAN :
36 Bulan (Sepenuh Masa)
AKREDITASI :
MQA/FA3753
KKTM TERLIBAT :
Kemaman
SYARAT KELAYAKAN
A. SYARAT KEMASUKAN SPM
LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
DAN
LULUS Bahasa Inggeris
B. LULUSAN STPM
LULUS STPM dengan mendapat sekurang - kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana- mana satu (1) mata pelajaran
C. LULUSAN STAM
LULUS STAM pangkat maqbul
D. SYARAT KEMASUKAN LAIN LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)
LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.
ATAU
LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]
SINOPSIS PROGRAM :
Program ini direkabentuk meliputi aspek aplikasi, pengujian dan pengurusan sesuatu peralatan. Selain itu para pelajar turut didedah dengan aspek penyeliaan, kawalan dan penilaian prestasi sesuatu peralatan di dalam industri minyak dan gas. Konsep dan pelaksanaan program ini adalah meliputi pelbagai industri kejuruteraan seperti minyak & gas, kimia, elektrik & elektronik, mekanikal dan persekitaran. Kekuatan program ini adalah para pelajar akan mempunyai tahap kemahiran yang tinggi di dalam kawalan proses, distributed control system (DCS), dan field bus technology yang meluas digunakan dalam industri minyak dan gas. Para pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan berkaitan dokumen instrumentasi dan kawalan. Para pelajar yang tamat di dalam program ini bukan sahaja boleh bekerja di dalam bidang minyak dan gas tetapi berpeluang untuk bekerja di dalam bidang-bidang yang lain. Program ini mempunyai matlamat untuk menyediakan suatu program yang komprehensif dan diiktiraf oleh antarabangsa di samping melahirkan pekerja mempunyai ciri kemahiran kepimpinan , berpengetahuan dan kompetan di dalam industri instrumentasi, kejuruteraan kawalan minyak dan gas
KANDUNGAN SILIBUS :
Tahun 1 : Workshop Technology, Electrical And Electronics Fundamental, Engineering Materials, Chemistry Engineering Drawing And
CAD, Fundamental Of Plant Layout, Occupational Safety And Health, Project Management
Tahun 2 : Electrical Installation (Instrument), Fluid Mechanics, Petroleum Exploration And Production, Plant 3D Modelling, Plant Field
Instrumentation, Control And Final Element System Pneumatics And Hydraulics, Thermodynamics, Programming And
Interfacing, Instrument Installation And Commissioning, Fire And Gas Detection System, Final Year Project 1
Tahun 3 : Final Year Project 2, Process Control Computer System, Instrument Engineering Drawing, Plant Operation And Maintenance,
Industrial Training
PROSPEK KERJAYA :
Pembantu Jurutera Instrumentasi dan Kawalan/Juruteknik dalam industri minyak dan gas, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my