M21 - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN
/*Free */
MEKANIKAL PEMBUATAN

M21 - SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN

TEMPOH PENGAJIAN

24 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA2590, MQA/FA2606

IKM TERLIBAT

Kuala Lumpur, Johor Bahru

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

  1. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  2. Lulus Matematik

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan pembuatan yang merangkumi kerja-kerja pembuatan logam dengan menggunakan mesin konvensional (mesin melarik, mengisar, mencanai dan membentuk) serta mesin berkomputer (Computer Numerical Control (CNC) dan Electric Discharge Machine (EDM)). Graduan turut akan berkemahiran untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas peralatan dan mesin-mesin pembuatan logam di samping mengembangkan kreativiti dengan penggunaan perisian CAD/CAM.

KANDUNGAN SILIBUS

Semester 1: Basic Tuning and Milling Practice, Workshop Practice, Engineering Materials and Processing, Engineering Drawing, Engineering Science 1, Technical Mathematics, Entrepreneurship 1, English and Communications 1, Konsep Asas Islam, Asas Etika dan Moral, Co-Curriculum

Semester 2: CNC Technology, Intermediate Milling Practice, Technical Mathematics 2, Entrepreneurship 2, English and Communication 2, Tasawwur Islam, Teori Etika dan Konflik Moral, Co-Curriculum 2

Semester 3: EDM Technology, CAD/CAM Technology, Grinding Practices, Pneumatic and Hydraulic Technology, Final Year Project, Peradaban Islam, Teori Etika dan Konflik Moral, Pengajian Malaysia

Semester 4: Latihan Industri 

PROSPEK KERJAYA

Mekanik, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (KKTM Balik Pulau)
  • Diploma Kejuruteraan Pembuatan (KKTM Kuantan)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk (KKTM Pasir Mas)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search