TEMPOH PENGAJIAN :
36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT :
Kuching, Kota Kinabalu
SYARAT KELAYAKAN :
A. SYARAT KEMASUKAN SPM
LULUS SPM dengan dua (2) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
B. SYARAT KEMASUKAN LAIN
LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA (ILKA/ILKS)
LULUS Sijil Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/ Profesion Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.00
ATAU
LULUSAN SKM
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara
ATAU
LULUSAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
• Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 2.00.
• Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104.
• PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67.
• Kompeten semua modul vokasional.
SINOPSIS PROGRAM :
Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi automotif pacuan empat roda (4WD) yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif (4WD). Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki serta menaiktaraf/modifikasi kenderaan pacuan empat roda standard kepada off-Road. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif komersial terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian
KANDUNGAN SILIBUS :
Tahun 1: Vehicle Technology 1, Engine Technology 1, Workshop Practice, Core Ability 1, Engineering Drawing, Mathematics A,
Penghayatan Islam, Moral dan Nillai murni, Communicative English 1, Co-curriculum 1, Automotive Air Conditioning
Technology, Vehicle Technology 2, Engine Technology 2, Automotive Electrical, Core Ability 2, Engineering Science,
Pengajian Malaysia, Co-curriculum 2
Tahun 2: Diesel Engine, Automotive Control System and Diagnosis, Computer Aided Design, Hydraulic and Pneumatic System,
Core Ability 3, Communicative English 2, 4WD Offroad Upgrade, Rules and Regulations Compliance Monitoring,
Human Capital Requirements Coordination, Facilities and Inventory Utilization Coordination 1, Core Ability 4,
Digital Entrepreneurship
Tahun 3: Final Year Project, Radio and Communication, Business Strategy Implementation, Facilities and Inventory Utilization
Coordination 2, Quality Customer Service Implementation, Latihan Industri
PROSPEK KERJAYA :
Penolong Jurutera, Penasihat Servis Kenderaan (4WD), Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal dalam Servis dan Modifikasi Kenderaan (4WD)
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN :
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my