H03 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYELENGGARAAN LOJI
/*Free */
HERBA

H03 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYELENGGARAAN LOJI

TEMPOH PENGAJIAN

36 bulan (sepenuh masa)

KKTM TERLIBAT

Lenggong

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains/ Kumpulan Vokasional & Teknologi/Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Lulus mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

        DAN

        LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran serta Lulus di peringkat SPM mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris 
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN LULUS SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris 
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50. 

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

LULUSAN SKM 

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang berkaitan, yang diiktiraf atau setara dan Lulus SPM sekurang-kurangnya kepujian dalam 1 mata pelajaran.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini merupakan pembelajaran komprehensif dalam bidang penyelenggaraan loji dengan pendedahan kepada pengetahuan prinsip-prinsip kejuruteraan serta memberi penekanan terhadap praktikal sejajar dengan keperluan industri yang memerlukan pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang kritikal seperti pengetahuan penyelenggaraan. Pelajar akan berpeluang menimba pengetahuan dan latihan yang praktikal, sesuai dengan kehendak dan keperluan pekerjaan semasa. Proses pembelajaran juga meliputi pemahaman terhadap elemen-elemen pemprosesan herba, keperluan Amalan Pengilangan Baik (GMP) di samping penyelenggaraan peralatan yang dapat memenuhi keperluan individu, persekitaran dan industri, selain menjamin peluang pekerjaan yang lebih cerah.

PROSPEK KERJAYA

Penolong Jurutera, Juruteknik Penyelenggaraan Loji Pemprosesan, Juruteknik Fasiliti Kilang GMP, HACCP Penjaga Dandang (Boilerman), Usahawan Teknopreuner.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

- Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Manufacturing  Systems, UniKL

- Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Machine Tools Manufacturing, UniKL

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search