F69 - DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN PRODUK ELEKTRONIK
/*Free */
ELEKTRONIK

F69 - DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN PRODUK ELEKTRONIK

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

IKM TERLIBAT

Johor Bahru

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM dengan dua  (2) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:  

  1. Mana-mana satu (1) mata pelajaran Matematik / Kumpulan Sains /Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV),
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain.

LULUSAN IKM/ ILKA/ ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.00

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara. 

DAN

Tidak Rabun Warna

SINOPSIS PROGRAM

Program ini merupakan program tiga tahun yang menjadi asas dalam bidang teknologi pembuatan produk elektronik bermula dari asas elektrik dan elektronik hingga proses pembuatan produk elektronik. Program ini juga merangkumi sistem automasi elektronik sebagai nilai tambah kepada pelajar.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1

Electrical Circuit Analysis, Analog Circuit Application 1, Engineering Science for Electronic, Semiconductor Physics, Engineering Mathematics 1, English for Communication, Penghayatan Akidah/Asas Pendidikan Moral, Co-Curriculum 1, Electronic CAD, Computer Programming, Digital Electronics, Semiconductor Technology,  Engineering Mathematics 2, English for Career Development, Co-Curriculum 2

Tahun 2

Microcontroller CAD, Computer Programming, Electrical Electronics Wiring and Installation, Pneumatics and Hydraulics, Electronics Packaging, Mathematics for Electrical Engineering, Pengajian Malaysia, Syariah & Kehidupan/Isu Moral & Cabaran Penghayatan Nilai Murni, Signal & System, Automated Manufacturing System and Maintenance, Electronics Product Testing, Project Proposal, Engineering Statistics, Start-Up Enterprise

Tahun 3

Electronic Automation Laboratory, Quality Control and Assurance, Final Year Project, Fiber Optic Fundamental, Digital Enterprise, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di dalam program ini akan bekerja sebagai penolong jurutera dan juruteknik elektronik di dalam pelbagai organisasi misalnya syarikat kejuruteraan, automasi, telekomunikasi, ICT serta syarikat pengeluaran peralatan elektronik. Pelajar juga boleh memilih untuk menjadi teknousahawan dengan membuka syarikat sendiri selain bekerja di industri.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJAR

Melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Awam dan Swasta seperti:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri dengan Kepujian (UniMAP)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) (Teknologi Robotik dan Automasi) (UniMAP)
  • Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri dengan Kepujian (UTEM)

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search