P62 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (MEKANIKAL)
/*Free */
MINYAK & GAS

P62 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (MEKANIKAL)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA3750

KKTM TERLIBAT

Kemaman

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

              DAN

        LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0)  

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul 

SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Profesion/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50

             ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau setara dan dengan sekurang-kurangnya memiliki PT3.

PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU (APEL (A)) 

SINOPSIS PROGRAM

Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal) menyediakan para graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelbagai syarikat kejuruteraan, pembinaan, fabrikasi serta operasi. Program ini juga mendedahkan graduan dengan teori dan praktikal melalui kelas amali yang merangkumi rekabentuk, prinsip-prinsip kejuruteraan di samping kemahiran perisian rekabentuk terbantu komputer (CAD) seperti AutoCAD Plant 3-D  dan Pattern Development (Plate and Sheet). Graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam program ini akan bekerja sebagai perekabentuk mekanikal dan penolong jurutera di dalam pelbagai organisasi misalnya syarikat kejuruteraan, pembinaan, minyak dan gas serta syarikat pengeluaran peralatan. Kebiasaannya, graduan dikehendaki mengaplikasikan ilmu dan kemahiran mereka dalam penggunaan perisian CAD untuk menghasilkan rekabentuk serta lukisan kejuruteraan. Selain itu, graduan perlu melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan peralatan mekanikal contohnya pam, pemampat, penghawa dingin dan sebagainya

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Engineering Drawing, Workshop Technology, Engineering Materials, Chemistry, Applied Science, Statics, Computer Aided Drafting, Petroleum, Exploration And Production, Engineering Measurement Method, Project Management

Tahun 2: Fluid Mechanics, Plant 3D Modelling, Fundamental Of Plant Layout, Piping Technology, Introduction To Process Design, Pneumatics And Hydraulics, Thermodynamics, Rotating Equipment, Heating, Ventilation And Air Conditioning, Pressure Vessel Fabrication, Final Year Project 1

Tahun 3: Final Year Project 2, Fire Fighting System, Plant Operation And Maintenance, Occupational Safety And Health, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Pembantu Jurutera mekanikal/juruteknik dalam industri minyak dan gas, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal(Kepujian)  di Universiti Tenaga Nasional(UNITEN)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search