G01 - DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN DAN REKABENTUK
/*Free */
BIOTEKNOLOGI

G01 - DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN DAN REKABENTUK

TEMPOH PENGAJIAN :

36 Bulan (Sepenuh Masa)

 

AKREDITASI :

MQA/FA8734

 

KKTM TERLIBAT :

Lenggong

 

SYARAT KELAYAKAN :

A. SYARAT KEMASUKAN SPM

    LULUS SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains/ Kumpulan Vokasional & Teknologi/Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Lulus mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

    DAN

    LULUS Bahasa Inggeris

 

B. LULUSAN STPM

    LULUS STPM dengan mendapat sekurang - kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam mana - mana satu (1) mata pelajaran

 

C. LULUSAN STAM

    LULUS STAM pangkat maqbul

 

D. SYARAT KEMASUKAN LAIN

     LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA

    (ILKA/ILKS)

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50.

    ATAU

    LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dengan

    sekurang - kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

 

    LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

    LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan Pentaksiran Bilik Darjah

    (PBD) sekurang – kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

 

    PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU [APEL (A)]

 

SINOPSIS PROGRAM :

Diploma Packaging Technology and Design adalah program 3 tahun yang ditawarkan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong, Perak. Diploma yang ditawarkan di KKTM Lenggong ini melibatkan bahan-bahan pembungkusan dan rekabentuk, di mana struktur kurikulumnya memberi penekanan kepada teknologi pembungkusan dan disokong oleh elemen-elemen rekabentuk. Program ini menggabungkan sains dan teknologi, rekabentuk, pemasaran dan prinsip-prinsip perniagaan di dalam struktur kurikulumnya.

Secara umumnya, matlamat asas pembungkusan adalah untuk melindungi produk semasa pengagihan dan  penghantaran ke suatu destinasi. Walau bagaimanapun, pada masa kini pembungkusan adalah satu cara utama untuk memasarkan produk. Dengan isu keselamatan makanan, pembungkusan telah menjadi perkara asas untuk melindungi pengguna daripada keracunan makanan dan lain-lain perkara yang melibatkan kebersihan sesuatu produk. Pembungkusan adalah bahagian penting ekonomi zaman moden ini. Membangunkan program pembungkusan adalah amat penting kerana pertumbuhan syarikat-syarikat pembungkusan bergantung kepada bekalan berterusan tenaga pekerja profesional yang terlatih. Industri pembungkusan memerlukan graduan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan pembungkusan, rekabentuk, pemasaran, pergudangan, pengedaran dan memahami isu-isu yang terlibat dalam kitar semula dan penggunaan semula bahan pembungkusan.

Program diploma ini akan membangunkan kepakaran teknologi dan pengetahuan saintifik untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya dalam industri pembuatan makanan dan banyak sektor berkaitan

 

KANDUNGAN SILIBUS :

Semester 1 Design Communication, Introduction to Packaging Technology and Design, Chemistry, Computing,

                        Technical Mathematics 1, Co-Curriculum 1, English For Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika Dan Amalan Moral

Semester 2 Packaging Graphics, Packaging Materials & Testing 1, Packaging Design Principles, Food Processing and preservation,

                        Technical Mathematics 2, English For Communication 2

Semester 3 Packaging Design 1, Printing Processes, Packaging Materials & Testing 2, Packaging Machinery & Distribution,

                        Packaging in Food & Health Care, Start-Up Enterprise, Islam Kontemporari, Masalah Dan Isu Moral

Semester 4 Project Proposal, Packaging Materials & Testing 3, Packaging Design 2, Packaging Policy and Regulations,

                        Creativity In Design, Digital Enterprise

Semester 5 Final Year Project, Product Branding and Marketing, Permeability and Shelf Life Studies, Pengajian Malaysia 

Semester 6 : Industrial Training

 

PROSPEK KERJAYA :

Packaging Technician, Materials Purchasing Officer, Package Designer, Technical development including structural package and design and surface design technician, Material Research and Testing Technician, Graphic/Commercial Design, Technical Sales and Marketing Officer

 

PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN : 

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta.​

  1. ​Bachelor of Engineering Technology (Industrial Design) with Honours UniKL​
  2. Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Product Design UniKL

 

 

 

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search