TEMPOH PENGAJIAN :
24 Bulan (sepenuh masa)
IKM TERLIBAT :
Sik, Seberang Perai Utara, Kuala lumpur, Jasin
SYARAT KELAYAKAN :
A. LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)/ INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM /SWASTA(ILKA/ILKS)
LULUS Sijil Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.00
ATAU
Lulusan Diploma Kompetensi Elektrik (Pendawai PW4) / Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) /
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) dari IKM/KKTM
DAN
Memiliki perakuan kekompetenan Pendawai PW4
DAN
Tidak Rabun Warna.
PROGRAM SYNOPSIS :
Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usaha sama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan oleh MARA Diploma Kompetensi Elektrik dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik (Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Jana kuasa). Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektrik satu dan tiga fasa, prinsip operasi dan membaik pulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital, memahami perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik serta memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas.
KANDUNGAN SILIBUS :
Semester 1 : Electrical Industrial Installation and Maintenance 1, Low Voltage Switch Board, Aerial Line System, Electricity Supply
Act and Regulations 1, Electrical Motor and Protection, Islam in Life, Ethics and Morals
Semester 2 : Low Voltage Switch Board Practices, Aerial Line Practices, Underground Cable Practices, Electrical Machine Control
Practices, Supervisory Skill, Communicative English
Semester 3 : Industrial Training
Semester 4 : Electrical Industrial Installation And Maintenance 2, Electricity Act And Regulations 2, Basic Electrical Distribution,
Electrical Drawing, Project Management, Digital Entrepreneurship
PROSPEK KERJAYA :
Penolong Pengurus, Penyelia Juruteknik, Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman), Penyelia, Usahawan / Kontraktor Elektrik dan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN:
Melanjutkan pelajaran di IKM ke peringkat Diploma Lanjutan Kompetensi Elektrik (Penjanaan) -Penjaga Jentera Voltan rendah Kategori A4 Suruhanjaya Tenaga dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5 atau ke Peringkat Ijazah di Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my