P61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (PERPAIPAN)
/*Free */
MINYAK & GAS

P61 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (PERPAIPAN)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA3749

KKTM TERLIBAT

Kemaman

SYARAT KELAYAKAN

LEPASAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

        DAN

        LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN Lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa  Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50 

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤  CGPA < 2.50 dan 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

SINOPSIS PROGRAM

Program Teknologi Kejuruteraan Loji (perpaipan) merupakan program  yang interaktif dan mementingkan praktikal. Para pelajar  program ini akan mempelajari asas komponen perpaipan, pelbagai kod dan standard. Para pelajar juga turut mempelajari asas susun atur loji, analisis tegasan paip, equipment piping, prinsip dan prosidur untuk merekabentuk loji. Latihan amali berasaskan contoh projek sebenar  digunakan di dalam program ini. Selain itu, para pelajar didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab seorang pereka perpaipan dalam melaksanakan projek rekabentuk perpaipan. Di samping itu, para pelajar berpeluang mengaplikasi segala pengetahuan tentang prinsip dan standard rekabentuk perpaipan di dalam projek tahun akhir mereka.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Engineering Drawing, Workshop Technology, Materials Science And Engineering, Chemistry, Statics, Computer Aided Drafting, Electrical And Electronics Fundamental, Occupational Safety And Health

Tahun 2: Fluid Mechanics, Petroleum Exploration and Production, 3D Plant Modelling, Piping Design, Plant Piping Material, Pneumatics And Hydraulics, Thermodynamics, Plant Operation And Maintenance, Advance Piping Design, Final Year Project 1, Project Management

Tahun 3: Final Year Project 2, Introduction To Pipe Analysis, Process Measurement And Instrumentation, Installation of Piping System, Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Pembantu Jurutera/Pereka perpaipan luar pesisir dalam industri minyak dan gas, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search