E67 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (OPERASI LOJI)
/*Free */
MINYAK & GAS

E67 - DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK (OPERASI LOJI)

TEMPOH PENGAJIAN

36 Bulan

AKREDITASI

MQA/FA8901

KKTM TERLIBAT

Kemaman

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik 
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV), DAN
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

        DAN

        LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP  2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN Lulus SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa  Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN LULUS di peringkat SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan CGPA ≥ 2.50 

ATAU

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan 2.0 ≤  CGPA < 2.50 dan 6 Bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan. 

LULUSAN SKM

Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

*Syarat tambahan lain bagi semua program di dalam kluster Elektrik: TIDAK RABUN WARNA

SINOPSIS PROGRAM

Pelajar didedahkan dengan sistem pembelajaran berasaskan teori dan amali berkaitan kejuruteraan elektrik khususnya di dalam bidang minyak dan gas.

Kurikulum program ini memberi tumpuan kepada aktiviti rekabentuk  elektrik dalam industri minyak dan gas meliputi asas rekabentuk, pembangunan dan pengujian peralatan elektrikal seperti motor elektrik, pembumian, pendawaian bangunan, sistem papan suis (switchboard), sistem janakuasa, talian atas voltan rendah, kabel bawah tanah, analisis sistem pengagihan dan penghantaran.

Pelajar juga turut didedahkan dengan peraturan dan aspek keselamatan khususnya di dalam industri minyak dan gas.

Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan diploma teknologi kejuruteraan elektrik (operasi loji)  dan perakuan kekompetenan sebagai penjaga jentera elektrik (sistem voltan rendah tanpa stesen janakuasa).

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1 : Electrical Installation, Electrical And Electronics Fundamental,  Engineering Drawing And Cad, Chemistry, Engineering Mathematics 1, English For Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika Dan Amalan Moral, Co-Curriculum 1, Electrical Machine & Motor Control, Process Plant Operation, Instrument And Process Control, Electricity Supply Act And Regulations, Occupational Safety & Health Fundamental Of Plant Layout Engineering Mathematics 2, English For Communication 2, Co-Curriculum 2

Tahun 2: Industrial Training 1, Electrical Design Practices, Underground Cable Practices, Low Voltage Distribution, Aerial Line Practices, Engineering Mathematics 3, Start-Up Enterprise, Islam Kontemporari Masalah Dan Isu Moral

Tahun 3 : Industrial Training 2, Final Year Project, Electrical Inspection, Testing And Commissioning, Electrical Power System, Project Management, Digital Enterprise Dan Pengajian Malaysia

PROSPEK KERJAYA

Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Jurutera Elektrik/ Juruteknik Dalam Industri Minyak Dan Gas, Penjaga Jentera Elektrik, Juruteknik Dalam Sektor Awam Dan Swasta Serta Usahawan.

 

 

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search