B52 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (DIAGNOSTIK)
/*Free */
BIOPERUBATAN

B52 - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN (DIAGNOSTIK)

TEMPOH PENGAJIAN

30 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA2955

KKTM TERLIBAT

Ledang

SYARAT KELAYAKAN

LULUSAN SPM

Lulus SPM atau setara dengan tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains/ Kumpulan Vokasional & Teknologi/Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Lulus mana-mana satu (1) mata pelajaran lain 

DAN

LULUS Bahasa Inggeris

LULUSAN STPM

Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran DAN Lulus SPM dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris 
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN STAM

Lulus STAM pangkat maqbul DAN LULUS SPM bagi mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Bahasa Inggeris 
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) 

LULUSAN IKM/ILKA/ILKS

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.50. 

ATAU 

Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan 2.0 ≤ CGPA < 2.50 dan sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.

LULUSAN SKM

LULUS Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan sekurang-kurangnya memiliki PT3.

*Syarat tambahan lain bagi semua program di dalam kluster Elektronik Bioperubatan: TIDAK RABUN WARNA

SINOPSIS PROGRAM

Diagnostik Bioperubatan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan kepakaran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang bertujuan untuk mengenalpasti dan mendiagnosis penyakit. Maklumat yang dikumpul melibatkan simptom dan gejala penyakit sebelum rawatan yang sesuai diberikan oleh doktor. Ia juga digunakan untuk menilai tahap risiko dan pengurusan penyakit.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: Fundamental Of Electric Circuit, Engineering Physics, Digital Electronics, Electronics Workshop Practice, English For Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika Dan Amalan Moral, Mathematics for Engineers 1, Co-Curriculum 1, Basic Electronics, Basic C Programming, The Human Systems, Electric Circuits Analysis, Electronics Devices & Circuit, Principle Of Physiological Signals, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral, Start-Up Enterprise, Mathematics for Engineers 2, English For Communication 2, Co-Curriculum 2 

Tahun 2: Project Methodology, Biomedical Instrumentation, Introduction To Diagnostic & Therapeutic Devices, Combinational and Sequential Logic, Microcontroller, Mathematics For Engineers 3, Digital Enterprise, Biomedical Engineering Management, Safety And Health Of Diagnostic Devices, Pengajian Malaysia, Diagnostic Ultrasound Devices, Diagnostic Recording Devices, Diagnostic Physiological Measurement Devices, Diagnostic Monitoring Devices, Final Year Project

Tahun 3: Industrial Training

PROSPEK KERJAYA

Ahli Teknologi Kejuruteraan Bioperubatan/ Eksekutif, Ahli Teknologi Servis Bioperubatan/ Eksekutif, Jurutera Servis Bioperubatan/ Ahli Teknologi Keselamatan/ Ahli Teknologi Kalibrasi/ Eksekutif Kekompetenan Tahap 2, Usahawan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Elektronik Perubatan (UniKL BMI)
  • Biomedical Engineering BEng (University of Strathclyde Glasgow)

 

Short Description

Course Info

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search