"ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI (MATEPM) 2018"
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahadhir Mohamad, di MITEC.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi peringkat Worldskills Malaysia Belia (WSMB) :
PERAK
1. BIDANG AUTOMOBILE TECHNOLOGY
Ahmad Hazwan bin Hisham - (Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahya Ahmad, Pahang) F.R.i.E.N.D.S [de' tsya]
2. BIDANG : CARBINET MAKING
Burhanuddin bin Bukhori - (Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah) Institut Kemahiran MARA Sungai Petani
GANGSA
1. BIDANG ELECTRONICS
Siti Noor Azirah binti Ramlan - (MARA - Japan Industrial Institut (MJII) Mara Japan Industrial Institute - MJII
TVETMARA mengucapkan tahniah kepada pemenang untuk peringkat WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan diharapkan agar kecemerlangan ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa yang akan datang.
Sepang, 5 September – Pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) terus unggul di Asean Skills Competition 2018 (ASC 2018) apabila berjaya merangkul tiga emas, satu perak, satu gangsa dan tujuh Medallion of Excellence dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Kejayaan yang disumbang oleh para pelajar IPMa ini sekali gus membolehkan kontinjen Malaysia meraih tempat ke-empat keseluruhan dalam pertandingan itu.
Seramai 13 pelajar IPMa telah terlibat di dalam pertandingan ini terdiri daripada para pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), MARA-Japanese Industrial Institut (MJII), Universiti Kuala Lumpur Malaysian France Institute (UniKL MFI), German-Malaysian Institut (GMI) serta GIATMARA.
Konsisten sebagai penyumbang terbesar tenaga kerja mahir dan separa mahir kepada negara, penyertaan pelajar IPMa di pertandingan ini merupakan wadah berterusan MARA mendukung hasrat kerajaan memperkasa Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional TVET dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi serta memenuhi permintaan industri.
Untuk rekod, ASC 2018 telah berlangsung pada 26 Ogos hingga 4 September yang lalu bertempat di Bangkok, Thailand.
Syabas dan tahniah kepada saudara Mohd Izuwan Bin Mat Rabi daripada Program Teknologi Pembuatan & Rekabentuk Perabot, STR IKM Sungai Petani di atas kejayaan mendapat Medallion For Excellent dalam bidang yang diwakilinya iaitu Cabinet Making di WSC 2017 Abu Dhabi.
Pertandingan WorldSkills telah berlangsung selama empat (4) hari bermula dari 15-18 Oktober 2017. Saudara Mohd Izuan merupakan salah seorang daripada 20 peserta yang mewakili Malaysia dalam pertandingan yang memberikan pengiktirafan kepada golongan profesional mahir dari seluruh dunia dengan mempamerkan kemahiran masing-masing.
Malaysia menduduki tempat ke-25 daripada 56 negara yang bertanding dengan memperoleh dua (2) Bronze dan sembilan (9) Medallion for Excellent.
Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2017 telah membuktikan bahawa keunggulan penciptaan inovasi pelajar-pelajar KKTM, MJII dan IKM adalah diiktiraf negara.
Keputusan Rasmi Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2017:
EMAS
a) Cabinet Making (IKM TSYA, Pekan) : Mohd Kamarul Afzan Bin Nazri
PERAK
a) Electronics (MJII, Beranang) : Aiman Fareeq Bin Aizam Nor
b) Mechanical Engineering Design (IKM Johor Bahru) : Yusri Shuhairi Bin Yaakob
c) Graphics Design (KKTM Rembau) : Mohd Ikhwan Bin Isam
Produk I-SiNK, KKTM Kuantan yang telah memenangi pingat emas di International, Invention & Exhibition (ITEX) 2015. Telah dianugerahkan sebagai produk berimpak tinggi, High Impact Programme 2 (HIP 2) for Technology Commercialisation Platform (TCP) di bawah program HIGH IMPACT PROGRAMMERS SME Corporation Malaysia (SME Corp) bersama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan PlaTCOM Sdn.Bhd.
Perjanjian bersama syarikat Ottimo Industry Sdn.bhd. telah dimeterai bagi mengkomersialkan produk tersebut.
PRODUK FURNITURE IN LIFE
Inventor produk Furniture in Life, IKM Alor Setar telah menerima dana pembangunan program High Impact Programme 6 (HIP 6) SME Corporation di Yayasan Inovasi Malaysia berjumlah RM150,000.
IKM, KKTM dan MJII memenangi 5 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa di Asean Skill Competition yang diadakan di MAEPS, Serdang pada 19 hingga 29 September 2017
ASIAGRAPH REALLUSION AWARD 2016
Pasukan I-Mation yang dianggotai oleh Mohd Kamil Bin Mhd Yatim, Rukaini Bin Razlan dan Muhammad Ridzuan Bin Abd Mutalib, pelajar Diploma Program Filem dan Animasi Digital KKTM Rembau memenangi Kategori 'Best Creative Awards' di pertandingan Asiagraph Reallusion Award 2016 yang berlangsung selama 48 jam tanpa henti. Pertandingan bertemakan 'HERO' itu telah berlangsung di Shih Chien University Taipei, Taiwan pada 23 hingga 25 Ogos 2016 telahmembawa balik hadiah berjumlah USD 10,000.00.
INTERNATIONAL ROBOT CONTEST (IRC) 2016
Amaluddin Syahmi Bin Azuan dan Mohamad Iqbal Bin Baharom, pelajar KKTM Ledang telah memenangi tempat ketiga kategori Terbuka Dunia di International Robot Competition 2016 di KINTEX, Seoul, Korea Selatan pada 13 hingga 16 Oktober 2016
WORLDSKILLS COMPETITION ABU DHABI 2017
Muhammad Yusri Bin Baharuddin, MJII dan Mohd Izuwan Bin Mat Rabi, IKM Sungai Petani telah mendapat keputusan cemerlang di dalam pertandingan World Skill Malaysia Belia (WSMB) 2015 dan Asean Skills Competition (ASC), 2016 akan mewakili Malaysia dalam pertandingan WorldSkills Competition 2017 di Abu Dhabi bagi bidang Elektronic dan Cabinet Making.
Mohd Izwan telah berjaya membawa pulang Medallion For Excellent dalam bidang Cabinet Making buat pertama kalinya untuk MARA.
Mu'az Bin Abdul Karim, pelajar KKTM Petaling Jaya telah diberi penghormatan oleh Perarson UK, sebuah badan pengiktirafan akedamik antarabangsa untuk menerima anugerah Outstanding International BTEC Student of the Year 2016 di Royal Horrticultural Halls, London, United Kingdom pada 7 Julai 2016
PEARSON BTEC OUTSTANDING LEARNER 2016
Hariz Amirul Bin Aidi Roslan, pensyarah di KPM Seri Iskandar menerima anugerah Pearson BTEC Oustanding Learner kini sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan pengkhususan Perniagaan Antarabangsa di The University of Queensland, Australia di bawah tajaan MARA.
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my