PENDIDIKAN

PENDIDIKAN (49)

Seramai 13 orang pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) telah menyambung pengajian di peringakat Ijazah di luar negara di bawah IPMA Excellence Programme (IESP) oleh Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

Pelajar-pelajar yang cemerlang ini berjaya ditempatkan di 10 buah universiti terkemuka Australia dalam bidang Kejuruteraan Awam, Mechanical, Electrical & Electronic & Material dan Media Art di University of Adelaide, University New South Wales, dan University of Queensland.

13 orang pelajar ini terdiri daripada 6 orang pelajar Diploma in Manufacturing Engineering dari KKTM Kuantan, 5 orang pelajar Diploma in Construction Engineering Technology KKTM Seri Gading dan seorang pelajar Pearson BTEC Level 5 in Electronuc Engineering dari KKTM PEtaling Jaya dan seorang pelajar Diploma in Digital Media Design KKTM Rembau.

Sesungguhnya pendidikan dan latihan TVET bukan sahaja menjamin kebolehpasaran yang tinggi malah memberi peluang kepada yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Semoga mereka mampu memberi inspirasi kepada pelajar di luar sana untuk menyambung pelajaran dan meneroka pelbagai bidang yang ditawarkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM).

Melaka, 4 Ogos - Perajurit Muda (PM) Muhammad Hazeem bin Salim, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah telah dinobatkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik dalam kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela)  Siri 1/2020 anjuran Rejimen 514 Askar Wataniah, Kem Bukit Beruang, Melaka.  Penyampaian telah disempurnakan oleh  Brigedier Jeneral Datuk Yusof bin Hj Jantan, Komander Rejimen 514 Askar Wataniah.

Wakil tunggal KKTM Masjid Tanah itu  merupakan pelajar semester 4, Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Polimer Komposit  telah menyertai program tersebut bersama  50 orang peserta lain daripada beberapa IPT dan orang awam sekitar negeri Melaka.

Kursus  Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2020 berlangsung selama sebulan, bermula  6 Julai hingga 4 Ogos 2020.  Peserta  didedahkan dengan  ilmu asas ketenteraan seperti adat resam ketenteraan, pemerintahan regimental, latihan jasmani, latihan kawad kaki dan kawad senjata (Colt M16 dan M4), membaca peta, ilmu medan perang, taktik, kemahiran menembak dan beberapa kemahiran lain  bagi membentuk individu menjadi seorang anggota tentera yang terlatih.

Kejayaan ini  amat  membanggakan KKTM Masjid Tanah kerana beliau adalah satu-satunya wakil institusi tersebut setelah penyertaan anggota AW dalam kursus ini dihadkan kepada 50 orang sahaja bagi mematuhi keperluan SOP sedia ada.

Adalah diharapkan kejayaan ini akan menaikkan semangat kira-kira 30 orang lagi anggota Askar Wataniah KKTM Masjid Tanah yang akan menyertai kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 2/2020 yang dijangka berlangsung pada 1-30 September 2020 ini.

3 September 2020, Selangor: MARA–Japan Industrial Institute (MJII) telah berjaya memperoleh pingat Emas dalam Program Annual Quality Environment Challenge  (AQEC) 2020.  Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Ab Rahim Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Malaysia Productivity Corporation (MPC).  Majlis berlangsung secara online melalui GoToWebinar.

Program AQEC 2020 menyediakan platform kepada organisasi yang menyertai program Persijilan QE/5S anjuran MPC untuk membentangkan dan berkongsi amalan terbaik perlaksanaan QE/5S di organisasi masing-masing.  Bagi sesi kali ni, sebanyak 17 buah organisasi telah mengambil bahagian antaranya Asiaflex Products Sdn Bhd, Institute Pengurusan Kualiti (IPQ) UUM, Power Cables (M)  Sdn Bhd, MPAJ, Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Aminah JB dan Rapid Rail Sdn Bhd. 

Sesi soal jawab telah berlangsung secara atas talian melalui platform GoToWebinar. Secara keseluruhan, panel penilai amat berpuas hati dengan amalan persekitaran terbaik yang diamalkan oleh MJII selaras dengan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan. 

25-26 November 2020 – Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu dan Kanan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) telah dilaksanakan secara dalam talian menerusi sistem Campus Management System (CMS) sebagai menyantuni pengalaman norma baharu Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19. 

Sistem CMS ini adalah inisiatif Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) dan dibangunkan oleh sekumpulan pensyarah daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman, Terengganu.  Sistem ini telah digunakan sepenuhnya di KKTM, MJII dan IKM untuk pendaftaran pelajar bagi sesi kali ini yang merangkumi e-Pendaftaran (Pendaftaran Pelajar Baharu), e-Pelajar (Profil Pelajar) dan e-Super (Penilaian Kendiri MQA).

Bagi memastikan pematuhan SOP sentiasa dipatuhi, berikut merupakan beberapa garis panduan yang telah ditetapkan di KKTM, MJII dan IKM.

28 Oktober 2020 - Kejayaan besar TVET MARA menerusi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor, Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah, IKM Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan, Pahang dan IKM Sik, Kedah untuk Pertandingan Dalam Talian Anti Rasuah SPRM 2020 membuktikan bahawa pelajar-pelajar TVET MARA bukan sahaja berkemahiran dalam bidang yang diikuti di institusi masing-masing, namun  mempunyai bakat yang dicungkil dan diserlahkan dalam bidang seni kreatif. Kejayaan mereka ini juga boleh dikatakan sebagai satu pengiktirafan dari pihak luar terhadap hasil seni kreatif serta bakat yang dimilik oleh mereka.   

Pertandingan yang di adakan sepanjang bulan Ogos hingga September secara dalam talian dan kemuncaknya apabila keputusan telah diumumkan pada 28 Oktober 2020 oleh TP Razim bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi siaran langsung di Radio Streaming SPRM atau dikenali sebagai MACC.fm

Drama ‘Kerana Dunia’ yang dihasilkan oleh kumpulan pelajar KKTM Ledang dan menjadi penerima Anugerah Drama Pendek Terbaik telah meletakkan institusi tersebut sebagai Juara bagi kategori Drama Pendek Terbaik Antirasuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2020.

Berikut merupakan keputusan penuh kejayaan TVET MARA serta beberapa anugerah kategori lain di dalam pertandingan tersebut.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DALAM TALIAN ANTI RASUAH SPRM 2020

INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa) 2020

DRAMA TERBAIK

Johan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor

Tajuk Drama : Kerana Dunia

Saguhati

  1. Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah
  2. Institut Kemahiran MARA (IKM) Tan Sri Yahaya Ahmad, Pahang
  3. Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah

PENGARAH DRAMA TERBAIK

~ Abdul Rahim bin Arshad dan Muhammad Akmal Hakim bin Zainal

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor

Tajuk Drama : Kerana Dunia

PELAKON LELAKI DRAMA TERBAIK

~ Mohamad Saiful Aqil bin Simlen

Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah

Tajuk Drama : Bila Hadiah Menjadi Rasuah

PELAKON WANITA DRAMA TERBAIK

~ Siti Nur Dina binti Nordin

Kole Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor

Tajuk Drama : Kerana Dunia

PERTANDINGAN SYARAHAN ANTIRASUAH 2020

Saguhati

  1. Anas bin Has, KKTM Ledang

PERTANDINGAN MENCIPTA INFOGRAFIK ANTIRASUAH 2020

JOHAN

Muhammad Asyraf bin Ibrahim, KKTM Ledang

Saguhati

Muhammad Adli bin Zainudin, IKM Sik

Kuala Lumpur, 21 November 2019 – Juvert Sooi, 20, merupakan pelajar Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu (IKM KK) Sabah, percaya dirinya mempunyai bakat yang besar dalam  baik pulih kenderaan iaitu Car Painting.

Juvert merupakan penerima ‘ Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2019 ’ dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) baru-baru ini serta sedang bersiap siaga ke Asia Skills Competition, Abu Dhabi dan Shanghai pada tahun 2021 bagi mewakili negara Malaysia.

Anak muda kelahiran Sabah tersebut akui dirinya lemah dalam bidang akademik dan bertekad untuk menceburi bidang kemahiran selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia pada dua tahun yang lalu.

“Saya akui diri saya memang lemah dalam bidang akademik. Saya hanya lulus beberapa subjek sahaja dalam SPM.

Saya tidak mahu mengalah begitu sahaja dan mengambil keputusan mencari bidang kemahiran yang boleh saya ceburi,” katanya.

Akhirnya Juvert mengambil keputusan untuk menjadi pelajar IKM KK pada tahun 2018 dengan memilih bidang Kemahiran Baik Pulih Kenderaan setelah diperkenalkan oleh pak ciknya yang berkhidmat sebagai juruteknik di situ.

“Saya mengenali IKM KK melalui pak cik saya yang banyak memberi maklumat dan sokongan untuk saya menceburi bidang ini khususnya cat badan kereta.

Semangat perjuangan Juvert amat tinggi kerana minat yang mendalam untuk menceburi bidang tersebut hingga mampu menghasilkan pencapaian diluar jangkaannya sendiri.

Anak ketiga daripada lapan adik beradik itu turut rasa tercabar apabila mendepani cabaran dan persepsi orang luar yang menggangap dirinya tidak berjaya dalam akademik akan menjadikan kehidupannya lebih buruk.

“Saya berazam untuk membuktikan diri saya lebih berjaya dan berazam agar suatu hari nanti saya akan menjadi usahawan yang terkenal dalam bidang ini.

Sasaran dan perancangan saya selepas ini adalah membawa pulang pingat emas dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” ujarnya.

Beliau juga merasakan bahawa apabila menjadi pelajar IKM, banyak input yang diperolehi dalam usaha mengembangkan kemahiran mengecat kereta. Bermula daripada sifar menjadikan dirinya lebih mahir dalam kursus tersebut.

“Pada masa kini, saya dimaklumkan bahawa pihak pengurusan merancangkan perjalanan saya untuk menyertai latihan industri dalam syarikat automatif besar seperti BMW dan Mercedes.

Sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang ini kerana ianya satu peluang besar untuk mencari pengalaman dan mengasah bakat kemahiran yang saya minati ini,” kata Juvert.

Menurut Encik Fairuz, 35, selaku jurulatih dan tenaga pengajar Juvert, beliau menyatakan potensi Juvert dalam menghasilkan kerja yang diberikan menonjolkan Juvert sememangnya mempunyai bakat yang besar serta boleh pergi lebih jauh.

“Pada mulanya, saya memang dah nampak potensi Juvert semasa mengendalikan kelas kemahiran ini. Saya suka memberi situasi masalah secara praktikal kepada pelajar untuk diselesaikan.

Antara pelajar yang sering pergi ke depan untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah Juvert. Bermula dari situ saya telah mengenal pasti kelebihan Juvert untuk maju ke hadapan,” kata jurulatih itu.

Antara perancangan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA bersama IKM KK ialah memberikan laluan Juvert menyertai latihan industri automatif dan peluang bekerja di syarikat besar seperti Mercedes dan BMW.

Anak muda tersebut memberi pesanan dengan menggalakkan penyertaan golongan belia untuk masuk menceburi bidang TVET sedia ada seperti IKM kerana ianya merupakan satu laluan yang baik.

“Kita harus berfikiran terbuka dan tidak hanya memandang akademik hanyalah satu-satunya laluan untuk berjaya tetapi dengan kesungguhan dan minat yang mendalam sesuatu benda juga boleh membawa kita ke peringkat yang lebih jauh,” kata Juvert.

Antara pengunjung yang membanjiri Plaza Larkin pada hari pertama Karnival IPMA Johor

 

Johor Bahru, 30 Mac – Hari pertama Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang diadakan di Plaza Larkin mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 15,000 orang pengunjung.

Menurut Pengarah MARA Negeri Johor, Nor Hashimi Mahat, karnival ini amat penting sebagai platform kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menentukan hala tuju pengajian mereka pada masa hadapan.

“Melalui karnival ini pelbagai peluang melanjutkan pelajaran ditawarkan oleh IPMA seperti GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Poly-Tech MARA, Kolej MARA (KM), Kolej Univeristi Poly-Tech MARA (KUPTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta German Malaysian Institute (GMI),” katanya.

Hashimi menjelaskan, IPMA bukan sekadar menyediakan laluan pendidikan akademik sahaja bahkan kami menyediakan laluan teknikal dan vokasional sehingga tahap tertinggi yang menjanjikan pendapatan yang tinggi untuk diceburi oleh para pelajar lepasan SPM.

“Karnival ini dianjurkan selama dua hari dan akan bersambung pada hari esok bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

“Kepada para pelajar serta ibu bapa yang tidak berkesempatan pada hari ini, silalah hadir pada hari esok bagi mendapatkan info secara terus berkenaan peluang pengajian di IPMA,” katanya lagi.

Putrajaya, 27 Mac 2019 – Keseronokan belajar dalam bidang TVET bermula pada semester kedua kerana tiada asas dalam bidang elektrik. Namun, nekad graduan Diploma Kompetensi Penjaga Jentera Elektrik A1, Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin, Melaka, Nurafiqah Rozaidy berjaya menghabiskan pengajiannya dalam masa 3 tahun.

Menurut Nurafiqah, beliau memilih bidang ini atas dorongan bapa dan pakciknya yang berpengalaman luas dalam bidang elektrik.

“Bapa saya banyak bagi sokongan dan saya juga mendapatkan pandangan dari pakcik saya yang juga mahir dalam bidang elelktrik,” katanya.

Tambah Nurafiqah, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar lelaki sentiasa memberi tunjuk ajar kepada beliau  walaupun hanya beliau seorang sahaja pelajar perempuan dalam kelas yang terdiri daripada 26 pelajar lelaki.

“Tenaga pengajar dan pelajar lelaki banyak membantu saya dan memberi peluang untuk saya mengendalikan sesuatu projek, walaupun saya pelajar perempuan” katanya lagi ketika ditemui di Majlis Konvokesyen IPMA 2019.

Nurafiqah berkata, ketika ini persaingan untuk mendapatkan kerja amat mencabar kerana kebanyakan syarikat memerlukan lelaki berbanding perempuan dalam bidang ini.

“Banyak syarikat saya pergi temuduga, mereka lebih yakin untuk mencari pekerja lelaki tapi saya tetap akan berusaha untuk mencari kerja  dalam bidang elektrik sehingga berjaya,” kata Nurafiqah.

Walaubagaimanapun, Nurafiqah tetap nekad meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang yang berjaya dalam bidang ini pada suatu masa nanti.

“Saya yakin bidang ini amat luas dan tidak semestinya saya bekerja. Jika ada rezeki, saya ingin membuka sebuah syarikat sendiri dalam bidang ini. Apa yang penting saya perlu mencari pengalaman dulu,” tambah Nurafiqah lagi.

Hulu Langat. 4 March: MARA-Japan Industrial Institute (MJII) and Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan take lead in affirming the international accreditation as an effective mechanism for quality improvement in TVET qualification among MARA-TVET colleges when both are awarded with GOLD Award by the Asia Pacific Accreditation and Certification (APACC) at MJII Beranang conferment ceremony today by the President of APACC, Dr. Ramhari Lamichhane.

Describing the process of meeting the requirement as not an easy task, the Director of Vocational and Technical Department (BKT), Mr. Mahzan Teh reiterates the recognition will accolade great branding impact and put thrust to MARA-TVET education system for better employability and confidence from the society towards TVET institutions.

“In order to sustain the continual improvement for excellence for TVET institutions, we have to comply with 7 main areas required by APACC which are Governance and Management, Teaching and Learning, Human Resource, Research and Development, Image and Sustainability, and Other Resources and Support to Students in order to be awarded” he stated

The GOLD award accreditation are in recognition for their remarkable outstanding achievement evaluation in all 7 areas with excellent quality in Support to Students and Human Resources categories. Both colleges are lauded for providing a thorough and effective industrial training and educational experience to their students and using the best high-technology equipment in instruction and training with very conducive facilities and adequacy of services.

Each accreditation whivh valid for four years and Mahzan Teh is already in full gear to ensure three other MARA-TVET colleges, KKTM Ledang, KKTM Kemaman and IKM Bintulu will receive equal recognition in the near future. This strategic thrust in tapping into foreign technology is in accord with MARA Vocational and Technical Division, 2018-2028 Roadmap Transformation.

The implementing agency for accreditation, APACC which is sheltered under the Colombo Plan Staff College (CPSC) provides an effective mechanism for quality improvement for being centre of excellence for TVET in Asia and the Pacific region.

Page 2 of 4

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search