PENDIDIKAN

PENDIDIKAN (49)

SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM KUANTAN DI UNIVERSITY OF ADELAIDE, AUSTRALIA

Dari kiri :

Muhamad Fakhrul Adam Mohd Muhayadin

Qayyum Iman Sakri

Arif Fahmi Hisam

Raid Izfan Roslan

SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM SRI GADING DI UNIVERSITY OF NEW SOUTH WALES, SYDNEY AUSTRALIA

From left:

MOHAMAD TAUFIQ BIN MOHD SALLEH

AHMADI SUFI BIN MURTADZA

NURFATIN AFIQAH BINTI MUHAMMAD HARIS

NUR HANIN BINTI MOHD HAMDAN

SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM KUANTAN DI UNIVERSITY OF QUEENSLAND, AUSTRALIA

NURUL HUDA BINTI KHAIRUL NASIR

NURNAIMI AMIRAH BINTI AZMI

SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM PETALING JAYA DI UNIVERSITY OF QUEENSLAND, AUSTRALIA

Balqis Binti Wira

SALAM PERANTAUAN ALUMNI KKTM LEDANG DI UNIVERSITY OF STRATHCLYDE, UNITED KINGDOM

Hanun Hamizah Binti Zakria

 

 

 

“Alhamdulillah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan berhenti usaha, terimalah segalanya walaupun sekecil-kecil perkara. Cari ilmu sampai bila-bila tak habis. Harap semuanya akan jadi yang terbaik. Terima kasih atas segalanya” – Amin Majid. 25 April 2018, Hamamatsu.

Siapa sangka dengan segulung sijil, anak muda ini berjaya menjejakkan kaki ke Negara Matahari Terbit demi mencapai cita-cita dalam bidang yang diceburi. Aminuddin bin Abd. Majid berasal dari Baling Kedah dan merupakan anak kelima kepada pasangan Abd Majid bin Md Isa dan Kamariah bin Mohd Sharif adalah graduan Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyejukan dan Penyamanan Udara IKM Sik, 2017. Tamat pengajian dari Sekolah Menengah Teknik Kajang dalam bidang yang sama. Amin memilih IKM Sik sebagai laluan akademik pada Januari 2014 untuknya mendalami bidang tersebut walaupun keputusan SPM melayakkan beliau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selama 2 tahun di IKM Sik, ketekunan dan kecemerlangan sahsiah beliau terbukti sebagai Ketua Pelajar Program dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di samping bergiat aktif dalam Kelab Seni dan Kebudayaan. Disenangi oleh rakan-rakan dan pensyarah, Amin sentiasa menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar yg lain terutamanya apabila keputusan peperiksaan akhir setiap semester mendapat Anugerah Dekan.

Amin terus mengorak langkah dengan kejayaannya menyertai Program Pelajar Lanjutan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA sebagai persediaan ke Jepun bagi mengikuti sesi latihan sambil bekerja selama 3 tahun. Selepas tamat sesi persediaan di MJII Beranang, pada 21 Februari 2018 beliau berangkat ke Jepun bersama seramai 18 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang iaitu Penyamanan Udara, Bangunan, Automatif, Pembuatan, Agro dan Elektronik yang merupakan pelajar IPMA yang telah lulus kursus asas dan temuduga dengan syarikat Jepun serta MARA.

“Saya tidak bersendirian, selepas saya lulus temuduga dengan syarikat Jepun, saya juga berkongsi peluang ini bersama rakan lain. Alhamdulillah, saudara Hamizan Zulkefli dan seterusnya Mohd Haiqal bawah program SPP IKM Sik cuma berlainan semester juga antara yang berjaya melayakkan diri ke Jepun.

“Di jepun kami hanya menggunakan bahasa jepun sahaja. Tak faham tak boleh nak survive. Di marahi dan di maki adalah perkara biasa. Itulah cara kami belajar. Teringat masa belajar di IKM Sik, jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar SPP yang berpengalaman mengajar kami antaranya Encik Ismail, Encik Khazaimi, Encik Azlan, Arwah Encik Razman, Encik Zamri, En Yusmarizal, Encik Razali, Encik Khairul Anwar dan Encik Ismail juruteknik. Tidak lupa juga kepada semua tenaga pengajar Pengajian Am dan dari program lain. Apa yang saya belajar di IKM Sik boleh kata 100% berkait rapat apa yang saya belajar di Jepun.”

Melalui cabaran dan liku-liku sebagai anak perantau di negara serba maju, Amin menimba pengalaman berharga dengan suasana dan budaya kerja yang pantas bersama pekerja mahir tempatan di Seimei Engineering Co; Ltd. Jadual kerja yang padat dan perbezaan bahasa bukan halangan untuknya bertahan sehingga tamat sesi latihan. Amin memanfaatkan kemudahan dan elaun yang diberikan oleh MARA sebaik-baiknya dan bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengambil cuti atau pulang ke tanahair. Beliau berjaya menamatkan latihan dan pulang ke Malaysia pada 15 Februari 2021 dengan segulung Diploma in Industrial Internship (Freezing and Air-Conditioning Apparatus Installing).

Segala kegigihan dan kesungguhan terbalas apabila beliau terus ditawarkan bekerja di syarikat yang sama sebaik sahaja kembali ke tanahair. Kini Amin memulakan kerjaya sebagai Juruteknik Kanan di Seimei Engineering (M) Sdn. Bhd, Shah Alam.

Semoga perjalanan kerjaya Amin menjadi pendorong kepada belia hari ini untuk menyertai bidang teknikal dan vokasional. Sesungguhnya TVET MARA bukanlah pilihan kedua.

Penulis  : Nurzumira binti Ab. Rahin (IKM Sik, Kedah)

Silaturahim diantara warga Ikm Kota Kinabalu dieratkan dengan bergotong royong menerusi program Bubur Lambuk bersempena dengan bulan Ramadan Al Mubarak, sebanyak 800 hingga 1000 bungkus bubur lambuk yang dihasilkan dan telah agihkan kepada masyarakat sekitar IKM Kota Kinabalu program ini dapat menzahirkan rasa sayang warga IKM Kota Kinabalu kepada masyarakat sekitarnya.

Warga Jabatan Mekanikal IKM Johor Bahru juga bergotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada warga kerja IKM Johor Bahru dan petugas barisan hadapan berhampiran. Persiapan, proses memasak, membungkus serta pengagihan selesai dalam tempoh 7 jam . Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Mekanikal IKM JB.

KKTM Masjid Tanah (anjuran unit pentadbiran & pengajian am) pula mengadakan diikuti dengan bersempena Nuzul Al-Quran bagi peringkat pusat.

Melalui Program Kasih Ramadan KKTM Kemaman menyantuni keluarga seorang pelajar daripada Program Instrumentasi & Kawalan (DLI) iaitu saudari Nur Hidayah, menyampaikan sedikit sumbangan tanda prihatin kami terhadap ujian yang ditanggung oleh keluarga beliau. Hadir menyampaikan sumbangan, Dr. Mahadir Ibrahim (Timb. Pengarah Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar), Jawatankuasa Pembangunan Insan & Kebajikan serta team Amal Riders KKTM Kemaman.

Mengedarkan sumbangan Bubur Kanji Ramadhan kepada warga Institut Kemahiran MARA Sungai Petani dan mengambil kesempatan Nuzul Quran, Institut Kemahiran MARA Sungai Petani membuat kunjungan ziarah dan menyantuni keluarga Allahyarham Azhar bin Ahmad, mantan pemandu yang pernah berkhidmat bersama IKM Sungai Petani dengan menghulurkan sedikit bantuan hasil sumbangan staf Pentadbiran IKM Sungai Petani bersempena bulan Ramadhan

Program Pengagihan Pek Iftar Ramadhan telah dilaksanakan oleh IKM Besut melalui   Badan Ugama dan Kebajikan disampaikan oleh Pengarah Institut Kemahiran MARA Besut, Tn. Hj. Badrul Hisham Mohd Yatim kepada warga  Institut Kemahiran MARA Besut.

Sik Kedah, 3 April 2021 - IKM SIK telah mengadakan program CSR dengan membuka peluang kepada 10 orang  pelajar Ma’ahad Al Tarbiah Al Islamiah Al Wataniah (Pondok Begia), Sik Kedah untuk mengikuti sesi latihan Pendawaian Elektrik Satu Fasa selama 4 hari yang bermula dari 28 – 31 Mac 2021 bertempat di IKM Sik.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar berkenaan menceburi bidang TVET malah memberi  kemahiran menerusi latihan intensif yang boleh dimanfaatkan selepas tamat pengajian di sampng meluaskan latihan kemahiran mengikuti keperluan industri semasa. 

Program ini dilaksanakan berasaskan 100% amali dan sesi latihan adalah mengaplikasikan konsep Learning by Doing secara coaching.  Modul  yang dipelajari selama 3 hari adalah Modul Pendawaian Elektrik Satu Fasa & Modul Usahawan; Pemasaran Online Menggunakan Medium “SHOPEE” selama 1 hari.

Program ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menimba pengetahuan sebagai usahawan hasil dari penerapan kursus yang telah dihadiri dan secara tidak langsung dapat mempromosikan IKM Sik sebagai salah satu   institusi TVET MARA di Malaysia.

Sesungguhnya program ini memberi impak yang positif kepada peserta sama ada untuk pembangunan potensi dan juga kerjaya.

Keinginan untuk mencuba dalam bidang kemahiran (pendidikan) serta mencabar diri kepada sesuatu yang baru membuatkan alumni IKM Bintulu ini, saudari Olivia binti Hassan membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di IKM Bintulu dalam kluster minyk dan gas. Pemegang Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Instrumentasi dan Kawalan Loji, yang tamat pengajian pada tahun 2019 dan kini menjawat jawatan sebagai Penolong Jurutera di Whitebeard Engineering Sdn Bhd tertarik dengan system pembelajaran di IKM Bintulu iaitu 70 peratus praktikal dan selebihnya secara teori dimana ianya memberi kelebihan kepada beliau untuk mempraktikkan ilmu tersebut di dalam kerjayanya dan percaya pendidikan TVET ini mampu meletakkan dia sebagai penyumbang kepada pembangunan industry di negara ini khusunya bidang minyak dan gas. 

Bercerita tentang pengalaman sepanjang pengajiannya, Olivia amat berterima kasih kepada tenaga pengajar serta silibus pembelajaran di IKM Bintulu, yang mana segala ilmu dan kelengkapannya adalah 90 peratus sama seperti di dalam industry, sebagai contoh simulasi mini plan, OPP (Operation Production Plan), PLC Lab dan sebagainya untuk pelajar belajar bagaimana mengendalikannya dengan betul, ini merupakan nilai tambah kepada lepasan pelajar dalam program ini apabila berada di alam pekerjaan sebenar, sepertimana yang dialami sendiri oleh Olivia yang tidak kekok mengendalikan plan tersebut kerana mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di IKM Bintulu.

“Nak seribu daya x nak seribu dalih“  …Itu yang boleh dikatakan oleh Olivia apabila ditanya tentang bagaimana beliau boleh membina kerjaya selepas tamat pengajian, kesungguhannya dalam menerangkan segala ilmu yang telah dipelajari ketika sesi temuduga telah menarik perhatian syarikat Whitebeard Enginnering Sdn Bhd untuk menawarkan jawatan tersebut kepadanya berdasarkan pengalaman pengajian di IKM Bintulu.

Pendidikan TVET telah membantu saya untuk bina kerjaya dan pastinya pencapaian yang dikecapi ketika ini memberikan kebanggaan kepada keluarga saya dan membantu ekonomi keluarga, “Siapa kata wanita tidak boleh berjaya dengan TVET? Kalau saya boleh, anda pasti boleh! Jadikan TVET pilihan utama “….mengakhiri perbualan dengan menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti.

Maklumat lanjut tentang Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),MARA-Japan Induatrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) boleh layari www.tvetmara.edu.my dan ikuti fb page https://www.facebook.com/tvetmara bagi aktiviti-aktiviti menarik kami .

Beranang Selangor, 12 April 2021 - Pengarah Pembangunan Modal Insan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Encik Lukman bin Ahmad telah  mengadakan lawatan kerja ke  MARA-Japan Industrial Institute (MJII) pada 12 April 2021.

Tujuan lawatan adalah untuk membuat pemantauan terhadap projek-projek pembangunan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Selain Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT), lawatan  turut  disertai oleh wakil Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Pejabat MARA Negeri (PMN) Selangor dan  Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Antara pengisian program adalah taklimat berkaitan pencapaian dan kejayaan MJII dalam pertandingan yang disertai seperti inovasi,  World Skills dan lain-lain.  Di samping itu, deligasi juga  di bawa ke Galeri Narita untuk melihat beberapa projek inovasi yang telah dihasilkan.

Di samping itu, deligasi juga dibawa ke makmal-makmal seperti RTOS Lab, Labview Academy, Scada Lab, Pneumatic Lab, Microtik Academy, Robotic Lab dan Cleanrooom bagi melihat dengan lebih jelas peralatan-peralatan yang digunakan di MJII.

Masjid Tanah, Melaka – 21 April 2021 : Kesibukan dalam melaksanakan ibadah di bulan Ramadan di samping sesi pembelajaran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah, Melaka tidak menghalang pelajar Kesatria kolej ini untuk turut sama melaksanakan ibadah di bulan Ramadan dengan melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyedia dan mengedarkan bubur lambuk kepada ‘frontliner’ di sekitar KKTM Masjid Tanah.

Program ini dilaksanakan dengan melibatkan 45 orang kesatria kolej ini dengan bimbingan 4 orang pensyarah dalam memastikan program yang dirancang dapat direalisasikan dengan jayanya.

Acara memasak dan mengedarkan bubur lambuk ini merupakan acara tahunan yang sering dilaksanakan di kolej ini, namun pelaksanaan pada kali ini lebih manis lagi dengan pengedaran kepada frontliner di sekitar KKTM Masjid Tanah. 

Sesungguhnya program seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar, pensyarah serta ‘frontliner’ yang berdekatan, disamping dapat memupuk rasa syukur serta terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang kepada kemakmuran negara, sekaligus membina 'soft skills' pelajar seriring dengan 'hard skills' yang mereka pelajari.

Penawaran program-program menarik selaras dengan permintaan tinggi negara membolehkan pelajar keluaran TVET MARA sentiasa laris di pasaran pekerjaan. 

IKM Kuala Lumpur merupakan salah satu Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang menawarkan pendidikan dan Latihan TVET berprestij kepada masyarakat Malaysia. 

Baru-baru ini, Y.B. Datuk Dr. Abd Latiff bin Ahmad,  Menteri Pembangunan  Luar Bandar telah mengadakan lawatan kerja  ke IKM KL bagi  menyaksikan  pengorperasian serta fisiliti  yang disediakan di institusi TVET MARA ini.

Selain penawaran kursus berimpak tinggi seperti kursus kimpalan, elektrikal, lukisan dan pendingin hawa dan lain-lain, IKM KL dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Cooperation mempunyai platform dalam talian yang diperkenalkan iaitu ekon.my yang merupakan medium penghubung servis pendingin hawa kenderaan dan rumah secara dalam talian.

Puan Rozita Razali dengan bimbingan Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Syuhaida Ismail dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Syazli Fathi  telah berjaya dinobatkan BEST PAPER AWARD di 9th International Conference on Applied Science and Technology (ICAST 2021), dengan membawa kertas kajian bertajuk Critical Success Factors (CSFs) of Industry Centre of Excellence (ICoE) Performance at Majlis Amanah Rakyat (MARA) Technical and Vocational Education and Training (TVET) Institutions. Kertas kajian ini juga akan diterbitkan dalam SCOPUS Indexed Proceedings yang merupakan jurnal berimpak tinggi.

Sebelum ini Puan Rozita bertugas sebagai pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan kini bertugas di Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA, dalam masa yang sama sebagai pelajar semester kedua  Doktor Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Turut menyertai ICAST 2021 ini ialah beberapa pegawai MARA dengan tajuk penyelidikan masing-masing.

ICAST 2021 merupakan program tahunan peringkat antarabangsa dan dijalankan secara maya pada tahun ini memungkinkan kolaborasi dan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang di antara institusi dan industri dalam serta luar negara.

Muhamad Alif bin Hamdi, alumni Sijil Kimpalan dan Fabrikasi Logam IKM JB (2003/2004).

Muhamad Alif berasal dari Pasir Gudang, Johor. Berusia 36 tahun dan kini bekerja sebagai Jurutera Pemeriksa Dalam Air (Underwater Inspection Engineer) di Boskalis Subsea, sebuah syarikat berpengkalan di Belanda. Memulakan perbualan, beliau berkongsi bersyukur menyambung pengajian ke IKM Johor Bahru selepas SPM . “Keputusan peperiksaan SPM saya agak teruk, Mulanya saya buntu untuk sambung belajar. Alhamdulillah, keputusan menyambung pengajian di IKM JB adalah antara pilihan terbaik dalam hidup saya”, katanya.

Menurut Muhamad Alif, di IKM JB pelajar bukan sahaja belajar ilmu kemahiran seperti kimpalan, bahkan ilmu tentang hidup. Selepas dua tahun pengajian di IKM JB termasuk 6 bulan latihan industri, laluan pengajian beliau diteruskan ke peringkat diploma di UniKL Malaysia France Institute (MFI) dalam program Teknologi Kimpalan (Welding Technology) dan seterusnya ijazah pertama di universiti sama.

“Saya tamat belajar tahun 2007, bekerja sebagai ‘Underwater Welder’, seterusnya ‘Inspection Diver’ dan kini ‘Underwater Inspection Engineer’ di Dubai. Apa yang paling membanggakan, selama 14 tahun bekerja dalam bidang ini, saya kerap bertemu atau bekerja bersama lepasan IKM JB”, sambungnya lagi.

Ditanya lanjut pengalaman menarik sepanjang berkecimpung dalam bidang kimpalan, beliau berkata peluang bekerja sambil mengembara adalah satu kelebihan. Menurut beliau, pada mulanya beliau dihantar bertugas di sekitar Asia, sebelum ke Belanda.

”Saya pernah berkerja di NorthSea, kemudian berpindah ke England dan negara lain termasuk Republic of Congo dan beberapa negara lagi. Bekerja di lautan antara paling berbahaya di dunia iaitu Port Harcourt, Nigeria adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, saya juga berpeluang ke Iraq serta beberapa tempat di Timur Tengah dan juga China”, katanya.

Ketika ditanya pendapat tentang IKM JB beliau berkata, IKM JB telah membentuk beliau menjadi dirinya pada hari ini. MARA dan IKM JB khasnya telah memberi peluang kedua kepada beliau dan lepasan SPM lain yang kurang atau tidak cemerlang dalam bidang akademik untuk berjaya dalam hidup.

“Saya masih ingat mantan Pengetua IKM JB waktu itu, Encik Wan Sabri menyampaikan rasa bangga beliau melalui ibu saya apabila saya menyambung pengajian ke UniKL MFI. Saya sendiri tidak pernah menyangka, walaupun keputusan peperiksaan SPM saya dianggap teruk, saya mampu sampai ke tahap ini,” katanya lagi.

Beliau yang dikenali sebagai Pak Ya sewaktu belajar di IKM JB berkata, jika diberi peluang dan kesempatan beliau ingin berkongsi kisah dan pengalaman kepada pelajar IKM JB.

“Saya bangga menyatakan kejayaan saya bermula di IKM JB, berkat jasa, ilmu dan pengorbanan bekas pensyarah saya dan juga MARA. Jika kita fokus untuk capai impian, tidak ada apa yang mustahil.

“Saya habiskan masa selama sembilan tahun sebelum berjaya menggenggam segulung ijazah dan bekerja dalam bidang yang saya impikan. Mimpilah sebesarnya dan dengan mimpi itu lah kamu kejarkan ia menjadi nyata”

Mengakhiri perbualan, Alif menyatakan “Jika saya boleh, anda pasti boleh !”.

Page 1 of 4

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search