INOVASI

INOVASI (16)

 

Mohd Yazid Mohd Shariff (depan kiri) dan pasukan bergambar kenangan bersama piala kemenangan Seri Endon Batik Competition 2018

Kuala Lumpur, 20 September – Pensyarah, guru serta usahawan tekno MARA berjaya meraih tempat ke-2 Piala Seri Endon Batik Competition 2018 kategori kemasan lembut (Soft Funishing) yang telah berlangsung pada 9 September 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Menurut ketua pasukan juga pensyarah IKM Alor Setar, Mohammad Sallehuddin Yahaya, rekaan ini mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan dengan bantuan dan kerjasama rakan sepasukan, guru MRSM Bentong, Mohd Yazid Mohd Shariff dan dua usahawan tekno daripada Tekno Usahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik (UPF) IKM Alor Setar, Noor Farah Wahida Mohd Razali dan Nur Afifah Tajul Ashikin.

“Kali terakhir kami menyertai pertandingan ini adalah pada tahun 2007, namun kali ini kami metitikberatkan pemilihan warna yang memenuhi citarasa orang muda, tidak mahu dilihat terlalu klasik ataupun tradisional. Oleh itu, kami mengambil pendekatan menerapkan warna yang lebih lembut supaya tampak moden dan elegan,” katanya.

Konsep yang dipaparkan dalam karya ini menggunakan litar elektronik yang menggambarkan laluan kehidupan sementara komponen-komponen elektronik menggambarkan cabaran yang ditempuhi oleh seseorang, jelas beliau mengenai rekaan yang dinamakan “The Journey of Our Life”.

“Suntikan inovasi ini telah memberi nafas baru kepada penghasilan batik Malaysia dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Pasukan ini telah memenangi Piala dan Wang Tunai RM10,000 dan berjaya menewaskan 8 finalis yang lain bagi kategori yang sama.

“Kami berharap pasukan ini dapat memberi aspirasi untuk terus mengorak langkah lebih jauh lagi pada masa akan datang dengan menghasilkan pelbagai rekaan batik yang mampu bersaing di persada global,” ujarnya.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur 9 September – MARA melalui penglibatan pensyarah, guru serta usahawan tekno berjaya meraih tempat ke-2 Piala Seri Endon Batik Competition 2018 kategori Soft Funishing yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Mohammad Sallehuddin bin Yahaya, Pensyarah IKM Alor Setar, Mohd Yazid B Mohd Shariff, Guru MRSM Bentong, Pahang, Noor Farah Wahida Binti Mohd Razali dan Nur Afifah Binti Tajul Ashikin Usahawan daripada Diploma Tekno Usahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik (UPF) IKM Alor Setar amat bersyukur di atas kejayaan pasukan mereka memenangi pertandingan ini.

Menurut Encik Sallehuddin, mereka amat bersyukur di atas kejayaan walaupun pada tempat kedua kerana penglibatan kali pertama pasukan ini telah membuahkan hasil dan menaikkan nama MARA.

Berteraskan konsep litar elektronik kemudian dijelmakan melalui lukisan batik dengan tema ‘ The Journey of Our Life’ maka terhasillah batik yang memberi makna dalam liku-liku kehidupan manusia. Menurutnya lagi, pemilihan warna sangat dititikberatkan bagi memenuhi citarasa orang muda. Oleh itu mereka memilih warna yang lebih lembut supaya tampak moden dan elegan.

Dengan suntikan inovasi ini telah memberi nafas baru kepada penghasilan batik Malaysia dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Peserta telah memenangi Piala dan Wang Tunai RM10,000. Majlis Penyampaian Hadiah tadi disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia,Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan,Tuanku Zara Salim.

Pasukan ini akan mengorak langkah lebih jauh lagi pada masa akan datang dengan menghasilkan pelbagai rekaan batik yang mampu

bersaing dipersada global. Ini sekaligus dapat mengikis tanggapan orang ramai yang usahawan batik setaraf usahawan kampong, tetapi mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Page 2 of 2

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search