2 Julai 2021, Sri Gading – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading telah mencipta kejayaan besar dengan merangkul 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam Pertandingan Virtual-Melaka International Intelectual Exposition (V-MIIEX) 2021 yang diadakan pada 1 April – 6 Jun 2021. Keputusan pertandingan ini telah diumumkan secara rasmi pada 2 Julai 2021.
Situasi Covid-19 yang mencabar ketika ini, tidak menghalang para inventor KKTM Sri Gading untuk menyertai pertandingan ini dengan norma baharu, yang memberi pengalaman baharu kepada mereka.
Hasilan produk inovasi dan kreativiti memang tidak asing lagi kepada pensyarah KKTM Sri Gading. Pelbagai cetusan idea, kreativiti dan penyelidikan sering dibuat bagi menghasilkan lebih banyak produk inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah KKTM Sri Gading telah berjaya mencipta kejayaan besar melalui pertandingan V-MIIEX.
Program V-MIIEx 2021 ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka yang bertujuan mengetengahkan penyelidikan dan juga inovasi daripada IPTA seluruh Malaysia. Di samping itu, penganjuran program ini adalah untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan ahli akademik. Melalui program ini, peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka untuk dinilai oleh pakar dari industri.
Berikut merupakan ringkasan kejayaan dan hasilan produk inovasi yang berjaya dihasilkan oleh KKTM Sri Gading.
PINGAT EMAS
NAMA PRODUK: EZT TOOL
EZT Tool merupakan alat pemasang jubin lantai yang mengunakan prinsip Cepat, Mudah dan Tepat. Rekabentuk yang unik berbentuk “X“ dan mempunyai pemegang yang kukuh untuk menampung empat Jubin serentak bersaiz 12” x 12”.
PINGAT EMAS
NAMA PRODUK: INTERLOCKING ECO-BRICK V2 (IEB)
Inovasi penggunaan lebihan bijih besi terbuang yang dimasukkan ke dalam bata mengunci (IEB) untuk meningkatkan kekuatan mampatan bahan binaan. IEB mempunyai pelbagai kelebihan seperti kos pembuatan per unit yang rendah dan ekonomik dengan sifat semula jadi yang tinggi dalam pembinaan rumah eko dengan nilai estetika yang tinggi.
PINGAT EMAS
Nama Produk: Composite Roof Tile
Composite Roof Tile adalah inovasi yang mengubahsuai atap genting sedia ada dengan menambah satu lapisan penebat haba menggunakan cellulose fibre. Produk ini menggunakan bahan kitar semula yang mesra alam sekitar dan ia dapat mengurangkan pengaliran haba radiasi sinaran matahari ke dalam bangunan melalui bumbung.
PINGAT PERAK
NAMA PRODUK: TRASH TRAP FOR SUMP DRAINAGE MAINTENANCE DEVICES
Trash trap merupakan sebuah perangkap sampah yang mampu melestarikan sistem perparitan di mana dapat melancarkan aliran air, mengurangkan masalah pencemaran seperti air, udara juga bau serta memudahkan kerja-kerja pembersihan.
PINGAT PERAK
NAMA PRODUK: INTERNET OF THINGS (IOT) SOLAR POWER MONITORING SYSTEM
Sistem Pemantauan Tenaga Suria Internet of Things (IoT) berfungsi dengan mengumpulkan data dari suhu panel photovoltan, voltan bateri, arus beban dan kuasa. Sistem ini dikembangkan menggunakan Arduino EDE yang disambungkan ke aplikasi Blynk. Data yang dikumpulkan oleh sistem pemantauan dapat diakses dari jarak jauh melalui aplikasi Blynk.
PINGAT GANGSA
NAMA PRODUK: AR for Construction Technology
Pembelajaran Pembinaan Teknologi mengunakan Augmented Reality.
(AR Smart Learning for CT) merupakan alat pembelajaran yang lebih efektif berbanding modul yang digunakan semasa ini didalam kuliah. Inovasi ini menyelesaikan masalah pelajar untuk mengingati jenis-jenis komponent Pembinaan. 30 jenis komponen pembinaan telah divirtualkan dengan komponen mempunyai spesifikasi dari segi bahan, ukuran dan juga kegunaan komponen tersebut di dalam industri pembinaan.
PINGAT GANGSA
NAMA PRODUK: DTG-PULL OUT TOOL FOR JKR/MACKINTOSH PROBE ROD
Alatan yang diinovasikan ini adalah bagi menentukan kekuatan tanah. Produk ini dihasilkan bagi mengatasi masalah pengendali semasa melakukan ujian ini. Inovasi ini adalah gabungan antara jack pertanian dengan gripper keluli. Prototaip telah digunakan untuk menentukan kebolehkerjaan da
29 Jun 2021 – Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut menang besar dalam Pertandingan 3rd Kelantan International Learning & Innovation Exhibition 2021. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Professor Dr Roziah Mohd Janor, Deputy Vice-Chancellor (Academic & International) Universiti Teknologi MARA (UiTM). Anugerah telah diumumkan secara atas talian melalui YouTube platform Kiliex 2021 Digital Edition Award Ceremony.
Inovasi aplikasi mobile e-Sistem electronic Pusat Pembelajaran Sumber IKM Lumut (ePPS IKML) yang dibangunkan oleh tenaga pengajar Program Teknologi Komputer (Big Data) telah memenangi 2 (dua) anugerah iaitu Gold Award dan Top Five Award bagi kategori Science & Technology di bawah Pengajian Tinggi.
ePPS IKML merupakan mobile application yang memberi kemudahan kepada para pelajar dan kakitangan IKML untuk membuat pinjaman buku di pusat sumber IKM Lumut. Di samping itu, para pelajar juga boleh membaca menerusi ebook yang terdapat di dalam aplikasi ini. Sistem ini amat bersesuaian sekali dengan penekanan kerajaan ke arah Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) dan dikala pandemik Covid-19 ini.
Susulan daripada penularan wabak Covid-19, kaedah penilaian dilaksanakan secara maya dan peserta perlu menyediakan video, laporan projek inovasi dan poster bagi memenuhi penilaian oleh para panel.
ePPS merupakan inovasi tenaga pengajar berikut:
a. Najuwa binti Abd Latip
b. Fadlina binti Sulaiman
c. Wan Ahmad Danial bin Ruznan
d. Mohd Shukri bin Mohamad Husin
e. Azira binti Abdul Razak
f. Mus’af Amir Akhnaf bin Mohd Yusuf
Tahniah kepada IKM Lumut. Semoga terus memberi inspirasi kepada TVET MARA yang lain.
.Pertandingan Inovasi “Inspire to Innovate” International Innovation Competition anjuran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang dan Malaysian Association of Creativity & Innovation (MACRI) yang telah berlangsung pada 1 hingga 14 Mac 2021 secara dalam talian dengan 160 penyertaan dari dalam dan luar negara.
Pencapaian memberangsangkan daripada penyertaan TVET MARA menerusi projek-projek innovasi yang dihasilkan oleh pasukan dari KKTM, MJII & IKM di pertandingan peringkat antarabangsa ini yang melibatkan negara seperti Brazil, Singapura dan Indonesia.
Projek Flood Detector Device dari IKM Kota Kinabalu telah mendapat tempat ke-2, BEST AWARD kategori government/private agency. Mengungguli sebanyak 17 pingat EMAS daripada 76, 12 pingat PERAK daripada 76 menjadi milik KKTM, MJII & IKM pada pertandingan tersebut
Penilaian dilaksanakan secara maya menerusi video yang dimuatnaik ke laman you tube masing-masing itu selari dengan situasi semasa untuk mengekang penyebaran pendemik Covid-19 dan seiring dengan era digital dengan menggunakan platform dalam talian sebagai medium pembentangan.
10 Februari 2021 – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan telah menghasilkan projek inovasi ‘Cooler Box Temperature Detector’ yang dapat membantu Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang berhubung kaedah pengambilan sampel air. Majlis penyerahan produk inovasi tersebut telah di sampaikan oleh Ts. Mohd Hazleen Bin Ramli, Pengarah KKTM Kuantan kepada Tuan Hj Mohd Sani Bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang.
‘Cooler Box Temperature Detector’ adalah hasil inovasi pensyarah KKTM Kuantan yang melibatkan kerja-kerja fabrikasi, programming dan ujikaji. Projek ini menggunakan perisian arduino dilengkapi alat pengesan suhu, SD card module, Pilot Light (Merah, Hijau, Biru), Real Time Clock (RTC) dan rechargable battery. Bagi mengawal suhu temperature di antara julat 2OC hingga 6OC selepas persempelan dibuat, satu box casing dibuat menggunakan mesin Formiga P110 3d Printer material PA3200GF.
Box ini akan menempatkan alat pengesan suhu dan mematikan suhu yang sekata dapat dikesan. Satu sistem data loging direka khas bagi menyimpan rekod suhu yang setiap 5 minit dalam memory card. Data ini boleh diakses menggunakan perisisan Excell atau Notepad bagi memudahkan ianya digunakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Pahang meningkatkan penguasaan semasa di mahkamah.
‘Cooler Box Temperature Detector’ merupakan hasil inovasi inventer berikut. Semoga terus menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat dengan penghasilan lebih banyak penciptaan dan inovasi yang berguna dan bermanafaat.
23 Januari 2021 – Kerjasama pasukan inovasi yang terdiri daripada pensyarah Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya memenangi pingat EMAS bagi projek ‘Small Farm Fertilizer Spreader’ (SFS) pada Pertandingan EXCOCIPTA anjuran Universiti Malaysia Sabah yang diadakan pada 21-23 Januari 2021. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah.
Sementara itu, ciptaan inovasi ‘Peranti Pengesanan Banjir’ dan ‘Solar Drive’ hasil ciptaan sepenuhnya pensyarah IKM Kota Kinabalu telah merangkul Pingat Perak dalam pertandingan tersebut. Selain itu, projek Auto Close Door juga dipertandingkan di dalam pertandingan tersebut. Keputusan telah diumumkan secara dalam talian melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=p7VoJLjddUY
Berikut merupakan keputusan pertandingan EXCOCIPTA yang dimenangi oleh IKM Kota Kinabalu.
Pingat Emas
Pingat Perak
Semoga IKM Kota Kinabalu terus berkarya dalam penciptaan lebih banyak inovasi bagi manafaat bersama. Syabas diucapkan.
Tahniah kepada KKTM Kemaman yang telah berjaya meraih kemenangan di peringkat antarabangsa dengan membawa pulang Pingat Emas dan Pingat Gangsa dalam pertandingan International Conference on Creativity and Innovation (ICCI) 2020 di Bangkok pada 3 – 4 Februari 2020. KKTM Kemaman memperoleh Pingat Emas diperolehi melalui projek Integrated Flood Detector System (IFWD) manakala Pingat Gangsa bagi projek Integrated Chemical Management Database (iCeMaD).
Program anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama World Invention Intellectual Property Associations WIIPA) ini telah mendapat lebih 100 penyertaan dari pelajar sekolah dan kolej/university awam/swasta dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Petaling Jaya dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu telah merangkul pingat Perak dalam pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation dan Technology (IPITEX) di Bangna, Bangkok,Thailand pada 2 hingga 6 Februari 2020.
IPITEX 2020 merupakan pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang mana peserta turut membincangkan serta membuat resolusi mengenai pengiktirafan melalui inovasi bagi menjana produk baru, inovasi baru serta memanfaatkan inovasi ke arah pengkomersilan melalui platform yang disediakan.
Pertandingan ini merupakan platform terbaik mengenengahkan idea untuk mencari peluang serta pendedahan untuk menilai produk KKTM/IKM/MJII. Semoga TVET MARA di KKTM, MJII dan IKM terus cemerlang di persada antarabangsa dan menjadi pemangkin.
KEPUTUSAN PENUH IPITEX 2020
Bil. | Nama Produk | Nama Inventor | Pingat | Institusi |
1. | Smart Building and Utilities System Using Middleware | Hasrulnizam bin Hashim | Perak | KKTM PJ |
2. | Pyrolysis: From Plastic Waste to Petroleum Product | Safwan Hafizi bin Masokhah | Perak | IKM Bintulu |
Miri, 25 Jun 2020 – Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuching, Sarawak menang besar dalam Pertandingan Penyelidikan & Inovasi dalam Pendidikan (e-SPeDIP) pada 24-25 Jun 2020 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Miri, Sarawak.
Hasil usahasama pengajar dan pelajar, IKM Kuching berjaya menghantar 6 (enam) penyertaan inovasi daripada 4 jabatan dan 1 unit ke pertandingan tersebut dan berjaya merangkul 5 (lima) Emas dan 1 (satu) Perak.
Senarai nama projek adalah seperti di bawah:-
Bil |
Nama Projek Inovasi |
Ketua Projek |
Jabatan/Unit |
Pencapaian |
1. |
ARITMATIKA MAZE |
FARIEDAH LAL CHAN |
Pengajian Am |
Emas |
2. |
TRIZ-VERSATILE FURNITURE |
SH ZAINAF BINTI WAN ABU SEMAN |
Mekanikal dan Modular |
Emas |
3. |
BAJA KOMPOS MIXERII |
AWANGKU ZUFAYRI WITRA BIN AWANG YUSOF |
Mekanikal |
Emas |
4. |
PHASING AND CALIBRATION OF FUEL PUMP |
MUHAMMAD FATTAH RIZQIN BIN HASHIM |
Mekanikal |
Emas |
5. |
PENDEKATAN TERAPI BERMAIN DALAM KAUNSELING |
MOHD SHARUL BIN KAMARUDDIN |
Kaunselor |
Emas |
6. |
SMART LIGHT HELMET |
ANUAR BIN AMBAK |
Elektrik |
Perak |
TVET MARA @ KKTM lenggong – 21 Julai 2020, KKTM Lenggong telah meraih kejayaan besar dalam pertandingan International Innovation Competition 2020 (INNOCOM 2020) melalui projek ‘Managing Final Year Project Using Digital Course Management System (d-CoMS) di bawah kategori Innovation Project for Higher Education. Anugerah disampaikan oleh YBhg. Ts. Dr Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Jitra Kedah.
Hasil idea dan inovasi gabungan pensyarah KKTM Lenggong, telah memenangi Anugerah Best Extended Abstract, Most-liked Virtual Presentation dan Silver Award for Innovation Project Under Higher Education Category.
Inovasi d-CoMS merupakan sistem pengurusan pembelajaran berasaskan awan (cloud-based) yang dibangunkan untuk meningkatkan kecakapan pengurusan kursus Projek Tahun Akhir.di KKTM Lenggong. Mengaplikasikan 12 aplikasi dari Microsoft 365 iaitu Microsoft Teams, Outlook, Word, Excel, Power Point, OneNote, Class Notebook, OneDrive, Power Apps, Power Automate, Planner dan Forms. Microsoft Teams dijadikan sebagai pusat utama dalam ekosistem Microsoft tersebut.
Lebih membanggakan d-CoMS telah mempunyai Hak Cipta yang telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Inovasi ini telah berjaya mengurangkan kos sebanyak 56%, meningkatkan mutu kecekapan proses sebanyak 73% dan mengurangkan masa menunggu sebanyak 99.5%.
Tinjauan kepuasan pelanggan menunjukkan 81.5% bersetuju d-CoMS membolehkan kreativiti dan fleksibiliti dalam penulisan, 100% bersetuju ia menjimatkan ruang, membolehkan pencarian data yang mudah dan 91% membuat kandungan lebih teratur.
Impak Covid-19 telah menunjukkan bahawa inovasi d-CoMS ini telah memberi manafaat kepada pelajar di mana mereka tetap dapat meneruskan pelajaran di samping memberi manafaat kepada masyarakat seiring dengan keperluan industry 4.0.
Inovasi d-CoMS adalah inovasi pertama yang mengintegrasikan 12 aplikasi di dalam Microsoft 365 dan digunakan bagi pengurusan Projek Tahun Akhir yang melibatkan pelajar TVET MARA.
Di saat Malaysia bertarung mendepani pendamik Covid-19, TVET MARA – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) bersatu menyumbang kepakaran dan kemahiran dengan menghasilkan pelbagai peralatan seperti face shield, set Personal Protective Equipment (PPE), insulation box dan aerosol box untuk membantu front liner menghadapi saat getir ini. Sehingga kini, lebih 4000 unit face shield, 670 set PPE berupa hood, dress dan shoes cover, 200 insulation gown dan 20 unit aerosol box telah dihasilkan oleh KKTM seperti KKTM Ledang, Pasir Mas, Rembau, Sri Gading, Balik Pulau, Masjid Tanah dan Lenggong serta MJII di samping IKM Sik, Sungai Petani, Lumit, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Bintulu.
Sumbangan hasil kreativiti dan teknologi KKTM, MJII dan IKM ini telah dihantar kepada lebih 50 buah hospital dan klinik kesihatan, balai polis serta pihak berkuasa tempatan di seluruh negara, KKTM, MJII dan IKM telah beroperasi lebih lima dekad dengan fokus melahirkan modal insan yang mempunyai kompetensi berasaskan industri, teknologi tinggi serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak penubuhan IKM Jasin pada tahun 1968, sehingga kini KKTM, MJII dan IKM berjumlah 25 pusat seluruh negara.
21 Julai 2020 - TVET MARA menerusi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) raih kejayaan besar menerusi pertandingan Innovation and Invention Through Exhibition 2020 (ICOMPEX 2020) bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah. Majlis di sampaikan oleh YBhg. Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kemanterian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Dengan kejayaan menggondol 7 emas, 14 perak, 6 gangsa di dalam pertandingan tersebut membuktikan bahawa hasil rekacipta, kreativiti dan inovasi pensyarah dan pelajar TVET MARA adalah setanding malah lebih baik berbanding institusi TVET lain.
TVET MARA diwakili oleh KKTM Balik Pulau, Masjid Tanah Kemaman, Lenggong dan Rembau. Manakala IKM diwakili oleh IKM Sungai Petani, Bintulu, Johor Bharu, Kuala Lumpur, Lumut, Sik, TSYA dan Alor Setar selain MARA Japan Industrial Institute (MJII).
KEPUTUSAN ICOMPEX 2020
BIL |
NAMA PRODUK |
PUSAT
|
PINGAT |
1. |
3-G FURNITURE |
IKM SP |
EMAS |
2. |
SEVERAGE CLEANING STICK SET |
IKM LUMUT |
EMAS |
3. |
HOME PLUMBING SIMULATOR |
IKM TSYA |
EMAS |
4. |
HOME VOICE RECOGNATION TRAINING KIT(HOVOC) |
IKM SIK |
EMAS |
5. |
ICE SKATING TRAINING KIT |
IKM SIK |
EMAS |
6. |
STEAM PLANT LEARNING SYSTEM |
IKM LUMUT |
EMAS |
7. |
COMPUTER FUNDAMENTAL TRAINERS |
IKM LUMUT |
EMAS |
8. |
FOOD DESPATCH SOLUTION |
IKM JB |
PERAK |
9. |
SMART INDUSTRIAL BENDING MACHINE |
IKM SIK |
PERAK |
10. |
COOLING HELMET SYSTEM |
IKM JB |
PERAK |
11. |
HYGENIC RICE STRAINER |
KKTM BP |
PERAK |
12. |
KPI EVALUATION SOFTSKILLS SYSTEM |
KKTM BP |
PERAK |
13. |
INTELLIGENT SMOKE AND GAS DETECTOR (IN-SMOKED) |
KKTM KEMAMAN |
PERAK |
14. |
GOLDEN APPLE SNAIP TRAP |
KKTM BP |
PERAK |
15. |
FORMULATION OF ANTIBACTERIAL PRODUCT BY USING BIOMELAIN ENZYME FROM WASTE PINEAPPLE |
KKTM BP |
PERAK |
16. |
IFAS (INTERGRATED FLOOD DETECTOR SYSTEM) |
KKTM KEMAMAN |
PERAK |
17. |
INTERACTIVE PDPC POWER PLANT |
IKM JB |
PERAK |
18. |
PRACTICAL HEAT PRESS MACHINE BY USING GEOMETRICAL MOTIF PLATE AS AN ALTERNATIVE APPROACH ON SYNTHETIC LEATHER EMBOSSED |
KKTM REMBAU |
PERAK |
19. |
IMPLEMENTATION OF DIGITAL COURSE MANAGEMANT SYSTEM(D-COMS) FOR UNDER GRADUATES TECHNICAL PROJECT |
KKTM LENGGONG |
PERAK |
20. |
EKON.MY |
IKM KL |
PERAK |
21. |
PORTABLE BLADELESS AIR CONDITIONER |
IKM JB |
PERAK |
22. |
TROLLEY GAS CUTTER |
IKM JB |
GANGSA |
23. |
INTERNAL COOLING SYSTEM RESERVOIR FOR MILLING MACHINE |
IKM LUMUT |
GANGSA |
24. |
IcEMAD |
KKTM KEMAMAN |
GANGSA |
25. |
AWAS:ADJUSTABLE WELDERS ARM SUPPORT |
IKM BINTULU |
GANGSA |
26. |
PANDUAN APLIKASI WAVE APPS VERSI BAHASA MELAYU |
IKM ALOR SETAR |
GANGSA |
27. |
ADJUSTABLE CHILDREN OUTFIT(7-12 YEARS OLD) |
KKTM REMBAU |
GANGSA |
Pahang, 25 November 2020 - KKTM Kuantan telah berjaya merangkul Emas dan ‘Most Innovative Project’ melalui Projek ‘Flexsilk’ dalam Pertandingan Innovation Productivity Exposure (IPEX 2020). Pertandingan ini telah diadakan secara atas talian pada 17 hingga 20 November 2020 manakala keputusan telah diumumkan pada 25 November 2020.
Pertandingan peringkat Kebangsaan ini telah disertai oleh lebih 200 kumpulan dari seluruh negara. Terdapat 2 kategori utama pertandingan ini iaitu individu dan kumpulan.
KKTM Kuantan yang diketuai oleh Ts. Mohd Firdaus Mohd Noh, manakala Encik Mohd Shakir bin Mat Nawi, Encik Saiful Bahari bin Hamzah dan Encik Ahmad Razelan sebagai ahli kumpulan telah mengungguli senarai pemenang dalam pertandingan tersebut.
Diharapkan dengan kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua di dalam menghasilkan lebih banyak projek yang berinovasi di samping memartabatkan pendidikan dan latihan TVET.
NAMA PERTANDINGAN: UTEM’EX 2019 PERINGKAT: ANTARABANGSA
LAPORAN PENYERTAAN Karnival Inovasi Universiti Teknikal Malaysia (UTEM EX’2019) di Utem, Melaka dari 9 hingga 10 Oktober 2019.
Pertandingan inovasi peringkat antarabangsa, Karnival Inovasi Universiti Teknikal Malaysia (UTEM EX’2019) merupakan platform bagi KKTM/MJII/IKM bagi meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran inventor di peringkat antarabangsa. Melalui pertandingan ini turut membincangkan serta membuat resolusi mengenai pengiktirafan melalui inovasi bagi menjana produk baru,
inovasi baru serta memanfaatkan inovasi ke arah pengkomersilan melalui platform yang disediakan.
Pertandingan ini yang berlangsung pada 9 hingga 10 Oktober 2019 di UTEM merupakan platform terbaik mengenengahkan idea untuk mencari peluang serta pendedahan untuk menilai
produk KKTM/IKM/MJII. Sebanyak satu (1) produk menerusi KKTM Ledang telah dipilih bagi mewakili MARA.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELAKA INTERNATIONAL INNOVATION EXPO (MIX) 2019
BIL. |
PINGAT |
JUMLAH |
1. |
EMAS DAN ANUGERAH KHAS JURI |
1 |
2. |
PERAK |
0 |
3. |
GANGSA |
2 |
4. |
SIJIL PENYERTAAN |
0 |
|
JUMLAH |
1 |
KEPUTUSAN PENUH UTEM EX 2019
BIL. |
NAMA PRODUK |
PINGAT |
INSTITUSI |
1.
|
SMART LABORATORY NOTIFICATION SYSTEM (SLaNS) |
EMAS DAN ANUGERAH KHAS JURI |
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LEDANG
|
NAMA PERTANDINGAN: MELAKA INTERNATIONAL INNOVATION EXPO (MIX) 2019
PERINGKAT: ANTARABANGSA
LAPORAN PENYERTAAN MELAKA INTERNATIONAL INNOVATION EXPO 2019 di Mudzafar Hotel, Melaka dari 5 hingga 6 September 2019.
Pertandingan inovasi peringkat antarabangsa, Melaka International Innovation Expo (MIX) 2019 merupakan platform bagi KKTM/MJII/IKM bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran inventor di peringkat antarabangsa.
Melalui pertandingan ini turut membincangkan serta membuat resolusi mengenai pengiktirafan melalui inovasi bagi menjana produk baru, inovasi baru serta memanfaatkan inovasi ke arah pengkomersilan melalui platform yang disediakan oleh kerajaan negeri Melaka.
Pertandingan ini yang berlangsung pada 5 hingga 6 September 2019 di Mudzafar Hotel Melaka merupakan platform terbaik mengenengahkan idea untuk mencari peluang serta pendedahan untuk menilai produk KKTM/IKM/MJII. Sebanyak dua (2) produk menerusi KKTM Masjid Tanah telah dipilih bagi mewakili MARA.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELAKA INTERNATIONAL INNOVATION EXPO (MIX) 2019
BIL. |
PINGAT |
JUMLAH |
1. |
EMAS |
0 |
2. |
PERAK |
0 |
3. |
GANGSA |
2 |
4. |
SIJIL PENYERTAAN |
0 |
|
JUMLAH |
2 |
KEPUTUSAN PENUH MELAKA INTERNATIONAL INNOVATION EXPO (MIX) 2019
BIL. |
NAMA PRODUK |
PINGAT |
INSTITUSI |
1.
|
REINFORCEMENT BAR FROM PULTRUDED KENAF COMPOSITE IN CONCRETE STRUCTURE |
GANGSA
|
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA MASJID TANAH
|
2.
|
SMART VEHICLE COMPRESSION TESTER |
GANGSA
|
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA MASJID TANAH
|
Pusat: KKTM Masjid Tanah
Pingat: GANGSA
Kategori Pertandingan: Antarabangsa
Produk: Reinforcement Bar From Pultruded Kenaf Composite in Concrete Structure
Pusat: KKTM Masjid Tanah
Pingat: GANGSA
Kategori Pertandingan: Antarabangsa
Produk: Smart Vehicle Compression Tester
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
dummy+60 3 2613 4258
dummy+60 3 2691 4510
dummy info@tvetmara.edu.my