Monday, 31 May 2021 02:15

TEKNOUSAHAWAN TVET TAHFIZ BERSAMA IKM SIK

Sik Kedah, 3 April 2021 - IKM SIK telah mengadakan program CSR dengan membuka peluang kepada 10 orang  pelajar Ma’ahad Al Tarbiah Al Islamiah Al Wataniah (Pondok Begia), Sik Kedah untuk mengikuti sesi latihan Pendawaian Elektrik Satu Fasa selama 4 hari yang bermula dari 28 – 31 Mac 2021 bertempat di IKM Sik.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar berkenaan menceburi bidang TVET malah memberi  kemahiran menerusi latihan intensif yang boleh dimanfaatkan selepas tamat pengajian di sampng meluaskan latihan kemahiran mengikuti keperluan industri semasa. 

Program ini dilaksanakan berasaskan 100% amali dan sesi latihan adalah mengaplikasikan konsep Learning by Doing secara coaching.  Modul  yang dipelajari selama 3 hari adalah Modul Pendawaian Elektrik Satu Fasa & Modul Usahawan; Pemasaran Online Menggunakan Medium “SHOPEE” selama 1 hari.

Program ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar menimba pengetahuan sebagai usahawan hasil dari penerapan kursus yang telah dihadiri dan secara tidak langsung dapat mempromosikan IKM Sik sebagai salah satu   institusi TVET MARA di Malaysia.

Sesungguhnya program ini memberi impak yang positif kepada peserta sama ada untuk pembangunan potensi dan juga kerjaya.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search