Monday, 31 May 2021 02:08

TVET BINA KERJAYA SAYA

Keinginan untuk mencuba dalam bidang kemahiran (pendidikan) serta mencabar diri kepada sesuatu yang baru membuatkan alumni IKM Bintulu ini, saudari Olivia binti Hassan membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di IKM Bintulu dalam kluster minyk dan gas. Pemegang Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Instrumentasi dan Kawalan Loji, yang tamat pengajian pada tahun 2019 dan kini menjawat jawatan sebagai Penolong Jurutera di Whitebeard Engineering Sdn Bhd tertarik dengan system pembelajaran di IKM Bintulu iaitu 70 peratus praktikal dan selebihnya secara teori dimana ianya memberi kelebihan kepada beliau untuk mempraktikkan ilmu tersebut di dalam kerjayanya dan percaya pendidikan TVET ini mampu meletakkan dia sebagai penyumbang kepada pembangunan industry di negara ini khusunya bidang minyak dan gas. 

Bercerita tentang pengalaman sepanjang pengajiannya, Olivia amat berterima kasih kepada tenaga pengajar serta silibus pembelajaran di IKM Bintulu, yang mana segala ilmu dan kelengkapannya adalah 90 peratus sama seperti di dalam industry, sebagai contoh simulasi mini plan, OPP (Operation Production Plan), PLC Lab dan sebagainya untuk pelajar belajar bagaimana mengendalikannya dengan betul, ini merupakan nilai tambah kepada lepasan pelajar dalam program ini apabila berada di alam pekerjaan sebenar, sepertimana yang dialami sendiri oleh Olivia yang tidak kekok mengendalikan plan tersebut kerana mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di IKM Bintulu.

“Nak seribu daya x nak seribu dalih“  …Itu yang boleh dikatakan oleh Olivia apabila ditanya tentang bagaimana beliau boleh membina kerjaya selepas tamat pengajian, kesungguhannya dalam menerangkan segala ilmu yang telah dipelajari ketika sesi temuduga telah menarik perhatian syarikat Whitebeard Enginnering Sdn Bhd untuk menawarkan jawatan tersebut kepadanya berdasarkan pengalaman pengajian di IKM Bintulu.

Pendidikan TVET telah membantu saya untuk bina kerjaya dan pastinya pencapaian yang dikecapi ketika ini memberikan kebanggaan kepada keluarga saya dan membantu ekonomi keluarga, “Siapa kata wanita tidak boleh berjaya dengan TVET? Kalau saya boleh, anda pasti boleh! Jadikan TVET pilihan utama “….mengakhiri perbualan dengan menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi suatu hari nanti.

Maklumat lanjut tentang Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM),MARA-Japan Induatrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) boleh layari www.tvetmara.edu.my dan ikuti fb page https://www.facebook.com/tvetmara bagi aktiviti-aktiviti menarik kami .

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search