Friday, 28 May 2021 04:09

PINGAT PERAK MILIK MALAYSIA DI WORLDSKILLS RUSSIA

Berbekalkan kejayaan cemerlang semasa WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2019, dengan pingat EMAS untuk bidang Graphic Design Technology, telah membuka peluang kepada Muhammad Hafizuddin bin Norizan, pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau, dalam program Diploma Rekabentuk Media Digital untuk mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran peringkat ASEAN, ASIA dan Dunia.

Setelah berjaya melalui peringkat saringan yang dikendalikan oleh pakar negara dalam bidang berkaitan, anak kedua dari 3 beradik ini yang kehilangan ayahnya pada tahun 2009 mendapat sokongan penuh dari ibu dan para pensyarah untuk membawa nama Negara di WorldSkilla Russia yang berlangsung pada 1 hingga 5 Mac 2021.

Semangat kompetatif dan suka dengan cabaran membuatkan Hafizuddin sering menyertai pelbagai pertandingan sejak di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat, semangat itu diteruskan semasa pengajian di KKTM Rembau, kerana baginya berhadapan dengan cabaran dan mencari solusi merupakan suatu keterujaan.

Puan Ainur Musfirah binti Shuib dan En Ahmad Kamsol bin Mat Yusop selaku pensyarah di KKTM Rembau merangkap sebagai jurulatih yang bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan menggilap kemahiran yang ada pada Hafizudin dalam membantu anak didiknya menghadapi soalan semasa pertandingan WSMB, yang mana sebelum bertanding mereka akan jalankan latihan berkala dari mencari cara reka bentuk hingga latihan berbentuk masa untuk bantu persediakan diri hadapi pertandingan yang sebenar.

Apabila nama Hafizudin diumumkan terpilih untuk mewakili Malaysia ke WorldSkills Russia, ianya merupakan berita gembira kepadanya, ini membuktikan segala ilmu yang dicurahkan oleh jurulatih telah dilaksanakan dengan betul dan mempunyai nilai tambah kepadanya dalam pertandingan yang besar ini, namun cabarannya pasti lebih besar kerana ianya melibatkan 4 buah negara lain, Russia, India, China dan Belarus. Bila ditanya perasaannya, dia berasa bebesar hati dan gembira dengan peluang ini kerana membawa nama Malaysia di mata dunia dalam bidang kemahiran merupakan impiannya.

Penularan pendemik Covid-19 merupakan cabaran global ketika ini dan memberi kesan kepada semua aktiviti, namun sebahagiannya boleh dilaksanakan dengan mengikut SOP norma baharu, termasukkah pertandingan WorldSkills Russia ini, ianya dilaksanakan secara dalam talian dan ini memberi sebuah pengalaman baru untuk Hafizudin bertanding dengan negara yang mempunyai perbezaan dari segi waktu selain dari bahasanya.

Keadaan ini bukan penghalang untuknya menyusun strategi sepertimana pernah dilaksanakan semasa WSMB 2019, pentingnya untuk berbincang bersama jurulatih secara berterusan sebelum hari pertandingan dan memahirkan dalam skop bidang serta sentiasa tenang semasa melaksanakan tugasan menjadi kunci kepada Hafizudin menjalani pertandingan tersebut selain merangka beberapa layout, style dan susunan yang sedia serta flexible ketika latihan yang akan digunakannya berdasarkan tema dan tajuk project ketika pertandingan.

Selesai pertandingan, perasaan lega pastinya dapat dirasai oleh beliau, segala ilmu yang dipelajari serta pengalaman sepanjang pengajian di KKTM Rembau juga tunjuk ajar dari jurulatih telah di adaptasikan sepanjang pertandingan, segala keputusan yang bakal diumumkan diserahkan kepada yang maha ESA sebagai penentunya.

Apabila pingat PERAK dimumkan untuk Malaysia dalam bidang Graphis Design Technology, ianya seperti kejayaan yang amat menggembirakan secara peribadi kepada Hafizudin dan membanggakan khususnya kepada negara kerana dapat membawa nama MALAYSIA di mata dunia dalam bidang kemahiran.

Ditanya mengenai potensi bidang ini dalam membina kerjaya, tanpa ragu Hafizudin menyatakan dalam bidang graphic design, potensi amat tinggi jika boleh berdaya saing serta mempunyai daya kreativiti serta teknikal yang bagus, juga saranannya untuk pelajar lepasan SPM dan belia yang mempunyai minat dalam bidang ini ataupun mana-mana cabang kemahiran, boleh melanjutkan pengajian di TVTE MARA – KKTM, MJII & IKM untuk membina masa depan mereka dengan cemerlang, permohonan kini dibuka untuk sesi pengajian Mei 2021 bagi lepasan SPM 2019, jadi untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari www.tvetmara.edu.my tambahnya.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search