Friday, 28 May 2021 03:55

17 PINGAT EMAS MILIK TVET MARA – KKTM, MJII & IKM DI INSPIRE TO INNOVATE (i2i) , INTERNATIONAL INNOVATION COMPETITION 2021

 

.Pertandingan Inovasi “Inspire to Innovate” International Innovation Competition anjuran Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang dan Malaysian Association of Creativity & Innovation (MACRI) yang telah berlangsung pada 1 hingga 14 Mac 2021 secara dalam talian dengan 160 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Pencapaian memberangsangkan daripada penyertaan TVET MARA menerusi projek-projek innovasi yang dihasilkan oleh pasukan dari KKTM, MJII & IKM di pertandingan peringkat antarabangsa ini yang melibatkan negara seperti Brazil, Singapura dan Indonesia.

Projek Flood Detector Device dari IKM Kota Kinabalu telah mendapat tempat ke-2, BEST AWARD kategori government/private agency. Mengungguli sebanyak 17 pingat EMAS daripada 76, 12 pingat PERAK daripada 76 menjadi milik KKTM, MJII & IKM pada pertandingan tersebut

Penilaian dilaksanakan secara maya menerusi video yang dimuatnaik ke laman you tube masing-masing itu selari dengan situasi semasa untuk mengekang penyebaran pendemik Covid-19 dan seiring dengan era digital dengan menggunakan platform dalam talian sebagai medium pembentangan.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search