Thursday, 27 May 2021 02:46

PROGRAM ‘OH MY TVET’ BERSAMA CIKGU AISYAH PAKAR SUBJEK SEJARAH SPM 2020

9 Februari 2021 –  Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA (BKT) telah mengadakan Program FB Live di channel TVET MARA dengan tajuk ‘Oh My TVET’ bersama Cikgu Aisyah yang merupakan cikgu viral subjek Sejarah SPM 2020.

Pelaksanaan FB Live ini merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat TVET MARA yang dipelopori oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) dalam membantu calon-calon SPM 2020 dengan memberi tips pantas bagi menjawab kertas Sejarah SPM 2020.  Subjek sejarah merupakan subjek wajib lulus bagi membolehkan seseorang calon SPM lulus penuh dan layak mendapat sijil SPM. 

Berpengalaman lebih 10 tahun di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah peringkat SPM dan dengan terbinanya Nurun Akademy yang terletak di Shah Alam telah meletakkan Cikgu Aisyah sebagai nama yang sangat disegani bagi  subjek sejarah SPM.  

KKTM, MJII dan IKM merupakan salah satu Institusi Pendidikan MARA yang menawarkan program-program berprestij bagi  pendidikan dan latihan TVET di Malaysia. Lebih 116 kursus di peringkat Sijil dan Diploma ditawarkan yang merangkumi 12 kluster pengajian yang membuka peluang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET. 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search