Wednesday, 28 April 2021 03:13

KKTM LENGGONG RAIH KEJAYAAN BESAR DALAM INTERNATIONAL INNOVATION COMPETITION 2020

TVET MARA @ KKTM lenggong – 21 Julai 2020, KKTM Lenggong telah meraih kejayaan besar dalam pertandingan International Innovation Competition 2020  (INNOCOM 2020) melalui projek ‘Managing Final Year Project Using Digital Course Management System (d-CoMS) di bawah kategori Innovation Project for Higher Education.  Anugerah disampaikan oleh YBhg. Ts. Dr Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Jitra Kedah.

Hasil idea dan inovasi gabungan pensyarah KKTM Lenggong, telah memenangi Anugerah Best Extended Abstract, Most-liked Virtual Presentation dan Silver Award for Innovation Project Under Higher Education Category.

Inovasi d-CoMS merupakan sistem pengurusan pembelajaran berasaskan awan (cloud-based) yang dibangunkan untuk meningkatkan kecakapan pengurusan kursus Projek Tahun Akhir.di KKTM Lenggong.  Mengaplikasikan 12 aplikasi dari Microsoft 365 iaitu  Microsoft Teams, Outlook, Word, Excel, Power Point, OneNote, Class Notebook, OneDrive, Power Apps, Power Automate, Planner dan Forms.  Microsoft Teams dijadikan sebagai pusat utama dalam ekosistem  Microsoft tersebut.

Lebih membanggakan d-CoMS telah mempunyai Hak Cipta yang telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.  Inovasi ini telah berjaya mengurangkan kos sebanyak 56%, meningkatkan mutu kecekapan proses sebanyak 73% dan mengurangkan masa menunggu sebanyak 99.5%.

Tinjauan kepuasan pelanggan menunjukkan 81.5% bersetuju d-CoMS membolehkan kreativiti dan fleksibiliti dalam penulisan, 100% bersetuju ia menjimatkan ruang, membolehkan pencarian data yang mudah dan 91% membuat kandungan lebih teratur.

Impak Covid-19 telah menunjukkan bahawa inovasi d-CoMS ini telah  memberi manafaat kepada pelajar di mana mereka tetap dapat meneruskan pelajaran di samping memberi manafaat kepada masyarakat seiring dengan keperluan industry 4.0.

Inovasi d-CoMS adalah inovasi pertama yang mengintegrasikan 12 aplikasi di dalam Microsoft 365 dan digunakan bagi pengurusan Projek Tahun Akhir yang melibatkan pelajar TVET MARA.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search