Wednesday, 28 April 2021 03:06

TVET MARA PRIHATIN KKTM, MJII DAN IKM SUMBANG KEPAKARAN DAN KEMAHIRAN KEPADA FRONT LINER MENDEPANI COVID - 19

Di saat Malaysia bertarung mendepani pendamik Covid-19, TVET MARA – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) bersatu menyumbang kepakaran dan kemahiran  dengan menghasilkan pelbagai peralatan seperti face shield, set Personal Protective Equipment (PPE), insulation box dan aerosol box untuk membantu  front liner menghadapi saat getir ini. Sehingga kini, lebih 4000 unit face shield, 670 set PPE berupa hood, dress dan shoes cover, 200 insulation gown dan 20 unit aerosol box telah dihasilkan oleh KKTM seperti KKTM Ledang, Pasir Mas, Rembau, Sri Gading, Balik Pulau, Masjid Tanah dan Lenggong serta MJII di samping IKM Sik, Sungai Petani, Lumit, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Bintulu.

Sumbangan hasil kreativiti dan teknologi KKTM, MJII dan IKM ini telah dihantar kepada lebih 50 buah hospital dan klinik kesihatan, balai polis serta pihak berkuasa tempatan di seluruh negara, KKTM, MJII dan IKM telah beroperasi lebih lima dekad dengan fokus melahirkan modal insan yang mempunyai kompetensi berasaskan industri, teknologi tinggi serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara.  Sejak penubuhan IKM Jasin pada tahun 1968, sehingga kini KKTM, MJII dan IKM berjumlah 25 pusat seluruh negara.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search