Monday, 12 July 2021 01:47

VIRTUAL - MELAKA INERNATIONAL INTELLECTUAL EXPOSITION (V-MIIEX) 2021 KKTM SRI GADING CIPTA KEJAYAAN BESAR DALAM NORMA BARU

2 Julai 2021, Sri Gading – Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading telah mencipta kejayaan besar dengan merangkul 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam Pertandingan Virtual-Melaka International Intelectual Exposition (V-MIIEX) 2021 yang diadakan pada 1 April – 6 Jun 2021. Keputusan pertandingan ini telah diumumkan secara rasmi pada 2 Julai 2021.

Situasi Covid-19 yang mencabar ketika ini, tidak menghalang para inventor KKTM Sri Gading untuk menyertai pertandingan ini dengan norma baharu, yang memberi pengalaman baharu kepada mereka.

Hasilan produk inovasi dan kreativiti memang tidak asing lagi kepada pensyarah KKTM Sri Gading. Pelbagai cetusan idea, kreativiti dan penyelidikan sering dibuat bagi menghasilkan lebih banyak produk inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah KKTM Sri Gading telah berjaya mencipta kejayaan besar melalui pertandingan V-MIIEX.

Program V-MIIEx 2021 ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka yang bertujuan mengetengahkan penyelidikan dan juga inovasi daripada IPTA seluruh Malaysia. Di samping itu, penganjuran program ini adalah untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan ahli akademik. Melalui program ini, peserta akan mempamerkan produk dan hasil kajian mereka untuk dinilai oleh pakar dari industri.

Berikut merupakan ringkasan kejayaan dan hasilan produk inovasi yang berjaya dihasilkan oleh KKTM Sri Gading.

PINGAT EMAS

NAMA PRODUK: EZT TOOL

EZT Tool merupakan alat pemasang jubin lantai yang mengunakan prinsip Cepat, Mudah dan Tepat. Rekabentuk yang unik berbentuk “X“ dan mempunyai pemegang yang kukuh untuk menampung empat Jubin serentak bersaiz 12” x 12”.

PINGAT EMAS

NAMA PRODUK: INTERLOCKING ECO-BRICK V2 (IEB)

Inovasi penggunaan lebihan bijih besi terbuang yang dimasukkan ke dalam bata mengunci (IEB) untuk meningkatkan kekuatan mampatan bahan binaan. IEB mempunyai pelbagai kelebihan seperti kos pembuatan per unit yang rendah dan ekonomik dengan sifat semula jadi yang tinggi dalam pembinaan rumah eko dengan nilai estetika yang tinggi.

PINGAT EMAS

Nama Produk: Composite Roof Tile

Composite Roof Tile adalah inovasi yang mengubahsuai atap genting sedia ada dengan menambah satu lapisan penebat haba menggunakan cellulose fibre. Produk ini menggunakan bahan kitar semula yang mesra alam sekitar dan ia dapat mengurangkan pengaliran haba radiasi sinaran matahari ke dalam bangunan melalui bumbung.

PINGAT PERAK

NAMA PRODUK: TRASH TRAP FOR SUMP DRAINAGE MAINTENANCE DEVICES

Trash trap merupakan sebuah perangkap sampah yang mampu melestarikan sistem perparitan di mana dapat melancarkan aliran air, mengurangkan masalah pencemaran seperti air, udara juga bau serta memudahkan kerja-kerja pembersihan.

PINGAT PERAK

NAMA PRODUK: INTERNET OF THINGS (IOT) SOLAR POWER MONITORING SYSTEM

Sistem Pemantauan Tenaga Suria Internet of Things (IoT) berfungsi dengan mengumpulkan data dari suhu panel photovoltan, voltan bateri, arus beban dan kuasa. Sistem ini dikembangkan menggunakan Arduino EDE yang disambungkan ke aplikasi Blynk. Data yang dikumpulkan oleh sistem pemantauan dapat diakses dari jarak jauh melalui aplikasi Blynk.

PINGAT GANGSA

NAMA PRODUK: AR for Construction Technology

Pembelajaran Pembinaan Teknologi mengunakan Augmented Reality.

(AR Smart Learning for CT) merupakan alat pembelajaran yang lebih efektif berbanding modul yang digunakan semasa ini didalam kuliah. Inovasi ini menyelesaikan masalah pelajar untuk mengingati jenis-jenis komponent Pembinaan. 30 jenis komponen pembinaan telah divirtualkan dengan komponen mempunyai spesifikasi dari segi bahan, ukuran dan juga kegunaan komponen tersebut di dalam industri pembinaan.

PINGAT GANGSA

NAMA PRODUK: DTG-PULL OUT TOOL FOR JKR/MACKINTOSH PROBE ROD

Alatan yang diinovasikan ini adalah bagi menentukan kekuatan tanah. Produk ini dihasilkan bagi mengatasi masalah pengendali semasa melakukan ujian ini. Inovasi ini adalah gabungan antara jack pertanian dengan gripper keluli. Prototaip telah digunakan untuk menentukan kebolehkerjaan da

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search