Kuching, 29 Ogos 2020 – Saudara Mohd Shahrul bin Kamaruddin telah memenangi Johan Kategori Individu Lelaki, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2020 bertempat di Hotel Pullman Kuching. Penyampaian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Abdul Karim Hamzah, Menteri Pelancongan Kesenian & Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak.
Keterbezaan penglibatan dan sumbangan terhadap masyarakat selama 5 tahun ini memberikan meletakkan beliau sebagai juara dan sekali gus mengalahkan peserta lain di negeri Sarawak. Selain aktif dengan aktiviti kaunseling peringkat negeri Sarawak, beliau juga aktif di peringkat antarabangsa. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 3,000.00, trofi dan sijil.