PENDIDIKAN

PERTANDINGAN DALAM TALIAN ANTI RASUAH SPRM 2020 TVET MARA BUKTI BERBAKAT BIDANG SENI KREATIF

28 Oktober 2020 - Kejayaan besar TVET MARA menerusi Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor, Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah, IKM Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan, Pahang dan IKM Sik, Kedah untuk Pertandingan Dalam Talian Anti Rasuah SPRM 2020 membuktikan bahawa pelajar-pelajar TVET MARA bukan sahaja berkemahiran dalam bidang yang diikuti di institusi masing-masing, namun  mempunyai bakat yang dicungkil dan diserlahkan dalam bidang seni kreatif. Kejayaan mereka ini juga boleh dikatakan sebagai satu pengiktirafan dari pihak luar terhadap hasil seni kreatif serta bakat yang dimilik oleh mereka.   

Pertandingan yang di adakan sepanjang bulan Ogos hingga September secara dalam talian dan kemuncaknya apabila keputusan telah diumumkan pada 28 Oktober 2020 oleh TP Razim bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menerusi siaran langsung di Radio Streaming SPRM atau dikenali sebagai MACC.fm

Drama ‘Kerana Dunia’ yang dihasilkan oleh kumpulan pelajar KKTM Ledang dan menjadi penerima Anugerah Drama Pendek Terbaik telah meletakkan institusi tersebut sebagai Juara bagi kategori Drama Pendek Terbaik Antirasuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2020.

 

Berikut merupakan keputusan penuh kejayaan TVET MARA serta beberapa anugerah kategori lain di dalam pertandingan tersebut.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DALAM TALIAN ANTI RASUAH SPRM 2020

INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa) 2020

 

DRAMA TERBAIK

Johan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor

Tajuk Drama : Kerana Dunia

Saguhati

1.    Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah

2.    Institut Kemahiran MARA (IKM) Tan Sri Yahaya Ahmad, Pahang

3.    Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah

PENGARAH DRAMA TERBAIK

~ Abdul Rahim bin Arshad dan Muhammad Akmal Hakim bin Zainal

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor

Tajuk Drama : Kerana Dunia

PELAKON LELAKI DRAMA TERBAIK

~ Mohamad Saiful Aqil bin Simlen

Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah

Tajuk Drama : Bila Hadiah Menjadi Rasuah

PELAKON WANITA DRAMA TERBAIK

~ Siti Nur Dina binti Nordin

Kole Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, Johor

Tajuk Drama : Kerana Dunia

PERTANDINGAN SYARAHAN ANTIRASUAH 2020

Saguhati

1.    Anas bin Has, KKTM Ledang

PERTANDINGAN MENCIPTA INFOGRAFIK ANTIRASUAH 2020

JOHAN

Muhammad Asyraf bin Ibrahim, KKTM Ledang

Saguhati

Muhammad Adli bin Zainudin, IKM Sik

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2020 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search