Pahang, 25 November 2020 - KKTM Kuantan telah berjaya merangkul Emas dan ‘Most Innovative Project’ melalui Projek ‘Flexsilk’ dalam Pertandingan Innovation Productivity Exposure (IPEX 2020). Pertandingan ini telah diadakan secara atas talian pada 17 hingga 20 November 2020 manakala keputusan telah diumumkan pada 25 November 2020.
Pertandingan peringkat Kebangsaan ini telah disertai oleh lebih 200 kumpulan dari seluruh negara. Terdapat 2 kategori utama pertandingan ini iaitu individu dan kumpulan.
KKTM Kuantan yang diketuai oleh Ts. Mohd Firdaus Mohd Noh, manakala Encik Mohd Shakir bin Mat Nawi, Encik Saiful Bahari bin Hamzah dan Encik Ahmad Razelan sebagai ahli kumpulan telah mengungguli senarai pemenang dalam pertandingan tersebut.
Diharapkan dengan kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua di dalam menghasilkan lebih banyak projek yang berinovasi di samping memartabatkan pendidikan dan latihan TVET.