INFORMASI KORPORAT

KKTM

Simbolik Oval Emas

- Sebuah institusi teknikal yang bertaraf dunia

Simbolik Buku Tiga Bertindih
- Peringkat pengajian di MARA bermula daripada peringkat sijil, seterusnya diploma dan akhirnya ijazah

Simbolik Gear
- KKTM adalah sebuah kolej berasaskan kemahiran

Simbolik Percikan Api & Simbol Jangka lukis
- Bidang Teknikal (TVET) mempunyai masa depan yang sangat cerah

Simbolik Tiga Garisan Putih
- KKTM menawarkan program-program dari peringkat asas, pertengahan dan tertinggi


Logo melambangkan 
Perkongsian Teknologi Moden | Futuristic Robotik | Keyakinan | Energy

M - MARA sebagai pemilik fasilitis dan pusat pendidikan
 
 J - Jepun sebagai sumber kepada teknologi

Logo melambangkan pemprosesan sumber manusia untuk tenaga mahir berteraskan industri berteknologi tinggi masa kini & hadapan.

Huruf J Merah memayungi i  - mencurahkan segala ilmu berdaskan teknologi 

Huruf I Biru tanpa dipayung J  - Produk Ready (graduan) yang bersedia untuk memenuhi kehendak dan permintaan tenaga kerja berkemahiran & berteknologi tinggi


 

 
 
      Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

       Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET  yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.

      Penubuhan IKM adalah  untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 13 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh  Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah  11 buah. Daripada asalnya dikenali sebagai "sekolah tukang" ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara.

      Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri. Walau bagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan.

VISI
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.

MISI
Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan.

OBJEKTIF

  • Menjadi institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan institusi dan teknousahawan
  • Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship)
  • Pemangkin dalam revolusi teknologi bagi meningkatkan daya saing 
  • Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik
  • Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa
  • Mengemukakan tawaran kepada calon yang berjaya mengikuti pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan melalui atas talian (online) dan tawaran serta-merta kepada calon yang berjaya melalui permohonan terbuka (open registration).
  • Mengadakan mesyuarat senat bagi mengesahkan keputusan peperiksaan pelajar dua (2) minggu selepas peperiksaan akhir tamat.
  • Memproses bayaran kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari setelah menerima baucer bayaran yang lengkap.
  • Menyelesaikan kes-kes rayuan disiplin pelajar dalam tempoh 14 hari selepas menerima rayuan.
Cokmar Konsep Dan Rasional

Cokmar ini menterjemahkan visi dan misi KKTM, MJII & IKM dengan penerapan beberapa ukiran yang mempunyai motif tradisi dengan kombinasi rupa bentuk yang dinamik. Rekabentuk cokmar yang unik dan inovatif ini mempunyai tiga (3) komponen utama.

Cokmar


Bahagian Pertama

Merupakan kepala cokmar yang berbentuk sebuah menara kubah yang melambangkan KKTM, MJII & IKM sebagai salah sebuah institusi latihan berfokuskan kepada kemahiran teknikal berteraskan falsafah keilmuan Islam.

Bahagian Kedua

Merupakan batang cokmar yang diukir dan terbahagi kepada dua bahagian. Ia mencerminkan dua (2) peringkat pengajian yang ditawarkan di KKTM, MJII & IKM iaitu program sijil dan diploma. Pada batang cokmar ini juga dikelilingi batu permata yang melambangkan kilauan kejayaan dalam melahirkan generasi berwawasan dan berdaya maju untuk menerajui kepimpinan negara.

Bahagian Ketiga

Merupakan bahagian hulu cokma yang menjadi asas kekukuhan dalam perkembangan ilmu pengetahuan disamping menjunjung nilai-nilai tradisi dan kepercayaan kepada Yang Maha Esa.

 

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

SSL Cert

 

 

 

 

 

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search