INOVASI

INOVASI (11)

Batu Pahat – 75 buah kumpulan pelajar daripada 7 program di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading berjaya menghasilkan pelbagai produk inovasi pembinaan di dalam pembentangan Projek Akhir Tahun yang diadakan pada baru-baru ini.

Menurut Pengarah KKTM Sri Gading, Shabudin Said, program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang kreatif dengan memupuk mereka merekacipta produk yang sejajar dengan keperluan teknologi pembinaan terkini.

“Antara produk-produk yang dihasilkan adalah Mini Road Sweeper, SMART Safety Cone, Hand Core Drill dan beberapa produk lain yang memberi manfaat kepada sektor pembinaan negara,” katanya.

Katanya lagi, produk-produk inovasi ini telah dinilai oleh wakil industri dan akademik yang dijemput oleh pihak penganjur yang mana kebanyakan produk ini mendapat maklumbalas yang positif daripada mereka.

Atas kejayaan ini, KKTM Sri Gading merancang untuk meneruskan program ini pada masa akan datang.

Hafizi, Ketua Pasukan Dr. gajet MM Khidmat Sdn. Bhd (barisan depan tiga dari kiri) menunjukkan robot tempur yang menjuarai MJII Robofighto 2018.

BERANANG, 25 Oktober – Robot tempur Dr. Gadjet MM Khidmat Sdn. Bhd. ciptaan pelajar-pelajar lepasan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) menjuarai MJII Robofighto Competition 2018 yang diadakan pada 23 hingga 25 Oktober 2018 di MJII, Beranang, Selangor.

Dua robot tempur yang dicipta oleh alumni MJII ini berjaya memberi saingan hebat sepanjang perlawanan sekaligus melayakkan mereka menjuarai pertandingan ini.

Siapa sangka, pertemuan mereka di kelab robotik MJII semasa belajar dulu mengekalkan persahabatan dan minat yang sama walaupun sekarang masing-masing sudah berkerjaya.

Menurut ketua pasukan, Mohamad Hafizi Jumbali berkata mereka bersyukur dan tidak menyangka menjuarai pertandingan ini memandangkan pasukan mereka bukanlah pasukan pilihan dan kejayaan ini adalah kerjasama pasukan yang amat fokus dan berdisplin dengan tugasan yang diberikan.

“Alhamdulillah, kami amat bersyukur dan tidak sangka menjadi juara Robofighto 2018. Kejayaan ini adalah kejayaan sepasukan. Kami fokus dan setiap ahli pasukan telah memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan,” katanya.

Tambah beliau, reka bentuk robot tempur ini adalah hasil rekaan pasukan Dr. Gadjet sendiri. Walau bagaimanapun, mereka amat berterima kasih kepada tenaga pengajar MJII, Zainal Ahamad yang turut membantu menjadikan robot tempur mereka lebih efisien.

“Kami cipta sendiri robot tempur ini, mengambil masa lebih kurang sebulan dan kami sangat hargai bantuan teknikal daripada sensei Zainal MJII,” katanya lagi.

Selain itu, Hafizi berkata elemen penting pertempuran adalah membaca strategi pihak lawan dan mengekalkan keadaan robot tempur seminima “zero maintainance”.

“Kami baca strategi lawan dan yang paling penting robot tempur kami sentiasa dalam keadaan “zero maintainance” memandangkan tempoh masa selenggara setiap perlawanan adalah singkat,” katanya.

Antara ahli pasukan Dr. Gadjet MM Khidmat Sdn. Bhd, pengurus, Mishhak Munangin, ketua pasukan, Mohamad Hafizi Jumbali, ahli pasukan : Muhammad Darwis Rusli, Muhamad Shamsul Muhamad Zakaria, Aiman Ruzlan, Nik Zahidi Nik Azami dan Abdul Rahman Abdul Samad.

Dalam pertandingan yang sama, pasukan Mista Raider dari MJII dan ADTEC Melaka B dari ADTEC Melaka masing-masing merangkul tempat kedua dan ketiga.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TANGKAK, 18 Oktober – Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) khususnya di kolej-kolej TVET MARA tidak hanya tertumpu di dalam kelas atau bilik kuliah, namun turut disampaikan melalui pelbagai bentuk pengisian, aktiviti dan projek yang menyeronokkan dan mengikut kesesuaian serta kreativiti pengajarnya. 

Atas dasar itu, KKTM Ledang melalui Exco Akademik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta pensyarah-pensyarah kursus Microcontroller telah menganjurkan Pertandingan WaterBot Robocode Skills Challenge  bagi menilai tahap kefahaman, kebolehan dan kemahiran para pelajar Semester 3 yang mengambil kursus Microcontroller ini.

“Program berbentuk aplikasi dan praktikal di luar bilik kuliah seperti ini amat bagus kerana dapat mencetus kreativiti dan inovasi pelajar dalam bidang robotik, selain membakar semangat mereka untuk menghasilkan projek yang terbaik bagi memenangi pertandingan. Konsep ini juga mendedahkan pelajar dan menyokong dasar Revolusi Perindustrian 4.0 negara khususnya dalam bidang TVET” ujar Pengarah KKTM Ledang, Fazli Rizal Ismail.

Menurutnya lagi, program ini juga dapat menarik minat pelajar dan menilai bagaimana mereka menterjemahkan pengetahuan dalam bentuk teori yang dipelajari di dalam kelas ke dalam aktiviti aplikasi sebenar yang lebih mengujakan.

Pertandingan ini disertai oleh 26 kumpulan yang melibatkan 172 orang pelajar semester 3 dan keputusannya telah dimenangi oleh kumpulan Star Cruise, diikuti oleh Bottigila ditempat kedua,  manakala kumpulan The Champion dan Vroom Vroom menduduki tempat ketiga dan keempat. Bagi rekabentuk robot terbaik pula dimenangi oleh kumpulan The Black Pearl.

Turut hadir menyaksikan pertandingan Waterbot ini adalah Timbalan-timbalan Pengarah, pensyarah-pensyarah serta pelajar-pelajar kolej keseluruhannya.

SELANGOR, 16 Oktober – Pengajaran dan pembelajaran TVET di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) menfokuskan kaedah praktikal bagi memastikan pelajar menguasai bidang kemahiran selaras dengan permintaan industri dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Persediaan hands on oleh pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan adalah salah satu inisiatif latihan praktikal yang dapat membantu mereka bersiap sedia menempuhi alam pekerjaan terutamanya dalam bidang kemahiran.

Antaranya adalah menerusi penganjuran MJII, Robofighto Competition 2018 yang akan diadakan pada 23 dan 24 Oktober 2018 yang bertujuan memupuk kreativiti dan inovasi bukan sahaja dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa), malah kepada seluruh pelajar kejuruteraan dan teknikal.

Pertandingan yang berkonsepkan robot tempur (combat robot) ini terbuka kepada IPMa , institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta, institusi latihan kemahiran awam serta kelab-kelab robotik persendirian.

KKTM, MJII dan IKM merupakan antara penyumbang terbesar di bawah laluan TVET MARA yang mana kini terdapat 10 kampus KKTM, 1 kampus MJII dan 14 kampus IKM di seluruh negara dengan menawarkan pelbagai kursus di peringkat arus perdana Diploma dan Sijil.

TVET MARA juga telah mengorak langkah di dalam memperkasakan TVET sebagai pilihan utama dengan menawarkan program kompeten dan teknousahawan di peringkat Diploma.

 

Mohd Yazid Mohd Shariff (depan kiri) dan pasukan bergambar kenangan bersama piala kemenangan Seri Endon Batik Competition 2018

Kuala Lumpur, 20 September – Pensyarah, guru serta usahawan tekno MARA berjaya meraih tempat ke-2 Piala Seri Endon Batik Competition 2018 kategori kemasan lembut (Soft Funishing) yang telah berlangsung pada 9 September 2018 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Menurut ketua pasukan juga pensyarah IKM Alor Setar, Mohammad Sallehuddin Yahaya, rekaan ini mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan dengan bantuan dan kerjasama rakan sepasukan, guru MRSM Bentong, Mohd Yazid Mohd Shariff dan dua usahawan tekno daripada Tekno Usahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik (UPF) IKM Alor Setar, Noor Farah Wahida Mohd Razali dan Nur Afifah Tajul Ashikin.

“Kali terakhir kami menyertai pertandingan ini adalah pada tahun 2007, namun kali ini kami metitikberatkan pemilihan warna yang memenuhi citarasa orang muda, tidak mahu dilihat terlalu klasik ataupun tradisional. Oleh itu, kami mengambil pendekatan menerapkan warna yang lebih lembut supaya tampak moden dan elegan,” katanya.

Konsep yang dipaparkan dalam karya ini menggunakan litar elektronik yang menggambarkan laluan kehidupan sementara komponen-komponen elektronik menggambarkan cabaran yang ditempuhi oleh seseorang, jelas beliau mengenai rekaan yang dinamakan “The Journey of Our Life”.

“Suntikan inovasi ini telah memberi nafas baru kepada penghasilan batik Malaysia dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya lagi.

Pasukan ini telah memenangi Piala dan Wang Tunai RM10,000 dan berjaya menewaskan 8 finalis yang lain bagi kategori yang sama.

“Kami berharap pasukan ini dapat memberi aspirasi untuk terus mengorak langkah lebih jauh lagi pada masa akan datang dengan menghasilkan pelbagai rekaan batik yang mampu bersaing di persada global,” ujarnya.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur 9 September – MARA melalui penglibatan pensyarah, guru serta usahawan tekno berjaya meraih tempat ke-2 Piala Seri Endon Batik Competition 2018 kategori Soft Funishing yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Mohammad Sallehuddin bin Yahaya, Pensyarah IKM Alor Setar, Mohd Yazid B Mohd Shariff, Guru MRSM Bentong, Pahang, Noor Farah Wahida Binti Mohd Razali dan Nur Afifah Binti Tajul Ashikin Usahawan daripada Diploma Tekno Usahawan Rekabentuk dan Pengeluaran Fabrik (UPF) IKM Alor Setar amat bersyukur di atas kejayaan pasukan mereka memenangi pertandingan ini.

Menurut Encik Sallehuddin, mereka amat bersyukur di atas kejayaan walaupun pada tempat kedua kerana penglibatan kali pertama pasukan ini telah membuahkan hasil dan menaikkan nama MARA.

Berteraskan konsep litar elektronik kemudian dijelmakan melalui lukisan batik dengan tema ‘ The Journey of Our Life’ maka terhasillah batik yang memberi makna dalam liku-liku kehidupan manusia. Menurutnya lagi, pemilihan warna sangat dititikberatkan bagi memenuhi citarasa orang muda. Oleh itu mereka memilih warna yang lebih lembut supaya tampak moden dan elegan.

Dengan suntikan inovasi ini telah memberi nafas baru kepada penghasilan batik Malaysia dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Peserta telah memenangi Piala dan Wang Tunai RM10,000. Majlis Penyampaian Hadiah tadi disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia,Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan,Tuanku Zara Salim.

Pasukan ini akan mengorak langkah lebih jauh lagi pada masa akan datang dengan menghasilkan pelbagai rekaan batik yang mampu

bersaing dipersada global. Ini sekaligus dapat mengikis tanggapan orang ramai yang usahawan batik setaraf usahawan kampong, tetapi mampu bersaing di peringkat antarabangsa.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur 17 Mei – Pereka fesyen yang semakin meningkat naik, Hazzerwan Hazlee dan Siti Mariam Musa telah menjuarai program reality TV anjuran ASTRO, Gen F Musim Pertama.

Dipetik dari FB Hazzerwan Hazlee, beliau bersama rakannya Mariam Musa mengucapkan syukur kerana telah dinobatkan sebagai Juara Gen F Musim Pertama sekali gus menewaskan 20 peserta lain.

Hazzerwan Hazlee dan Marian Musa merupakan bekas pelajar KKTM Rembau dalam bidang Diploma in Fashion Designer tahun 2008 dan melanjutkan pelajaran di Heriott Watt University, Scotland dalam bidang ‘Fashion Design for Industry’, tajaan MARA.

Dengan falsafah ‘’Always Believe In Yourself, Your Passion Your Dream And Just Go For It’, beliau menyimpan hasrat untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara serta ingin membina empayar perniagaan seperti idolanya Datuk Jimmy Choo dan Dato’ Bernard Chandran.

Juara program ini menerima hadiah tajaan ASTRO GO SHOP bernilai RM 100,00.00, Capsule collection with fashion valet bernlai RM 100,00.00 & baucer RM 50,000.00 tajaan LANCOME.

Ditanya apakah perancangan selepas ini, mereka akan terus membina empayar fesyen dengan brand WAN&MARY agar lebih mendapat sambutan di dalam dan luar negara. Selepas ini mereka akan menyertai Debut Collection bersama Fashion Valet dan seterusnya menyertai Interntional Fashion Week di London, Milan, Paris dan Tokyo.

Program reality TV anjuran ASTRO, Gen F Musim Pertama menampilkan juri tetap dan mentor Datuk Rizalman Ibrahim, Datin Vivy Yusof, Faizal Hamid dan Zaihani Md Zain.


Pertandingan kali ke 29 ini disertai oleh 43 buah negara antaranya Belarus, Canada, China, Dubai, Hong Kong, Indonesia, Japan, Korea, Macao, Philippines, Poland, Romania, Russia, Saudi Arabia, Singapore, Taiwan, Thailand, USA, United Emerites, Vietnam, Brunei dan Myanmar.Kuala Lumpur 10 Mei 2018 – Penyertaan pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading, Kuantan, Kemaman dan Masjid Tanah di Pertandingan International Invention, Innovation & technology Exhibition (ITEX 2018) pada 10 hingga 12 Mei 2018 telah mengharumkan nama MARA dan Malaysia apabila membawa pulang pingat 3 Emas dan 1 Perak dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan dibahagikan kepada beberapa kategori utama iaitu kategori A : ITEX 2018 (International Invention, Innovation & Technology Exhibition) disertai oleh Universiti/Institut Penyelidikan/Pereka Individu/Pereka Muda/Badan berkanun dari Malaysia/Asia/Eropah (Tempatan & Luar Negara). Kategori B : AYIE 18’ (Asian Young Inventors Exhibition 2018) Invertor muda di bawah umur 20 tahun disertai oleh negara-negara ASEAN. Bagi kategori C : IEYI 18’ (International Exhibition for Young Inventor) Invertor muda di bawah umur 20 tahun disertai oleh negara-negara seluruh Asia dan Eropah.

MARA telah diwakili oleh Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) telah menghantar 4 produk bagi kategori A dan memperoleh 3 pingat Emas dan 1 pingat perak. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah 1600 penyertaan.

Senarai nama projek inovasi yang disertai oleh MARA dan pencapaian ITEX 2018

Bil

Nama Projek

Pusat

Inventor

Pencapaian

 Satellite A: Open/Public/Industries (Local & International)

1.

INTERLOCKING ECO-BRICK

 

KKTM Sri Gading

1.Mohd Zulkefly bin Hamzah

2.Noor Haslam Amin bin Sabar

Emas

2.

GROOVE GRINDE KIT

KKTM Kuantan

1.Azli Ihsan bin Yahaya

2.Mohd Rusdi bin Abdullah Hazam

Emas

3.

SMART LEVEL GAS
DETECTOR

 

KKTM Kemaman

1.Shahrizan bin Ahmad Shah

2. Syed Muhamad Hanis Fakhruddin bin Syed Zainal Abidin

Emas

4.

ROOF TILES FOR 
GREEN BUILDING

KKTM Masjid Tanah

1.Samsul Anuar bin Sulong
2.Mohd Shahriman bin Sutan

3.Zailani bin Mohamed

Perak

SENARAI NAMA PESERTA KKTM/MJII/IKM YANG BERJAYA LAYAK KE PERINGKAT AKHIR BAGI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2018

Bil.

Nama Peserta

No. K/P

Pusat

Bidang

Anjuran

Jurulatih

 1.   

Ahmad Hazwan bin Hisham

980528-06-5467

IKM TSYA

Automotive Technology

JPK

En. Hamizan Bin Samson

 2.   

Muhamad Ali Azamuddin bin Alias

990302-02-7299

IKM Sg. Petani

Cabinet Making

JPK

En. Dzulkifli bin Abdul Majid

 3.   

Burhanuddin bin Bukhori

980814-02-5079

IKM Sg. Petani

JPK

En. Dzulkifli bin Abdul Majid

 4.   

Lokman Hakim bin Zairi

000608-02-0529

IKM Alor Setar

JPK

En. Dzulkifli bin Abdul Majid

 5.   

Ain Zulaikha binti Mohd Zaki

980807-56-5480

MJII

Electronics

JPK

 

 6.   

Siti Noor Azirah binti Ramlan

980102-10-6612

MJII

JPK

 

 7.   

Mohd Afiq Azizi bin Mohd Hamidi

980914-13-5347

MJII

JPK

 

 8.   

Muhammad Alif Aiman bin Ahmad Fadzil

990903-11-5227

MJII

JPK

 

 9.   

Auni Afiqah binti Khalid

980815-01-6756

KKTM Ledang

JPK

 

     10.  

Mohamad Haikal bin Sabri

990121-08-6513

IKM Beseri

Mechatronics

JPK

En. Mohamed Saifuddin Khan Bin Mohamed

    11.           

Wan Muhamad Faris bin Wan Abdul Hamid

991112-07-6289

IKM Beseri

JPK

En. Mohamed Saifuddin Khan Bin Mohamed

    12.           

Danial Hamiz Hilmi bin Saman

971215-12-5655

KKTM Pasir Mas

Bricklaying

KKR

 

    13.         

Mohamad Syazelee bin Mohamed Shukor

980619-07-5265

KKTM Pasir Mas

KKR

 

    14.

Faiez bin Bakeri

980905-02-6421

IKM Sg. Petani

KKR

Mohamad Bakri bin Ismail

    15.         

Affizul Aiman bin Nazri

991021-08-5083

IKM K.Lumpur

Refrigeration & Air Conditioning

KKR

En. Mohd Nashrul bin Jaafar

    16.       

Muhammad Syafiq bin Md Nordin

980208-14-5193

IKM K.Lumpur

KKR

En. Shahrim Azizi bin Shahferi

    17.

Anwar bin Abdul Razak

980307-05-5441

IKM Beseri

KKR

En. Mohd Khairi bin Romli

      18.           

Muhammad Amirul Amri bin Amran

980324-04-5341

KKTM Pasir Mas

Wall & Floor Tiling

KKR

 

  19. 

Muhd Ulfan Muqaram bin Abdullah

991220-10-6481

IKM Johor Bahru

Mechanical Engineering

Design - CAD

KKR

En. Faizal bin Mohd Bakri

SENARAI NAMA PESERTA KKTM/MJII/IKM YANG BERJAYA LAYAK KE PERINGKAT AKHIR BAGI PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA PENGAJAR (WSMP) 2018

Bil.

Nama Pengajar

Pusat

Bidang

    1.      

Azwin Shanida binti Romli

IKM Sik

Graphic Design Technology

2. 

Mohamad Faizon bin Mohd Zain

IKM Alor Setar

   3.       

Mohd Hasfarizan bin Md Hashim

IKM Lumut

Mechanical Engineering

Design - CAD

   4.    

Idris bin Hj Ishak

IKM Lumut

   5.         

Syahrul Yusri bin Romli

KKTM Kuantan

   6.        

Mohd Khairi bin Romli

IKM Beseri

Refrigeration & Air Conditioning

   7.        

Azman bin Hassan

IKM Besut

    8.        

Mohamad Zamri bin Jusoh

IKM Sik

   9.        

Ruslan bin Sharuddin

IKM Besut

IT Network System Administration

Pertandingan ini diadakan kali ke 29 bermula pada tahun 1989 yang dianjurkan oleh Persatuan Rekabentuk dan Inovasi Malaysia secara tahunan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).ITEX 2018 ini merupakan pertandingan bertaraf dunia yang disertai oleh 43 buah negara iaitu:

Belarus, Canada, China, Dubai, Hong Kong, Indonesia, Japan, Korea, Macao, Philippines, Poland, Romania, Russia, Saudi Arabia, Singapore, Taiwan, Thailand, USA, United Emerites, Vietnam, Brunei dan Myanmar.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori utama iaitu :-

i. Kategori A : ITEX 2018 (International Invention, Innovation & Technology Exhibition)

                     Universiti/Institut Penyelidikan/Pereka Individu/Pereka Muda/Badan berkanun dari Malaysia/Asia/Eropah (Tempatan & Luar Negara)

               ii. Kategori B : AYIE 18’ (Asian Young Inventors Exhibition 2018) Invertor muda di bawah umur 20 tahun disertai oleh negara-negara ASEAN

              iii. Kategori C : IEYI 18’ (International Exhibition for Young Inventor) Invertor muda di bawah umur 20 tahun disertai oleh negara-negara seluruh Asia dan Eropah.

 

Bilangan penyertaan mengikut kategori:

Kategori  Kategori A  Kategori B  Kategori C
Jumlah  45 Kategori  -
MARA/BKT  4 produk  -
Pencapaian  3 Emas 1 Perak  -


Jumlah keseluruhan penyertaan = 1600

Jumlah penyertaan BKT/ MARA = 4 produk diperuntukkan oleh pihak BKT, dan keempat-empat produk telah menyumbang pingat untuk MARA.

 

Senarai nama projek inovasi yang disertai oleh MARA dan pencapaian ITEX 2018

Bil  Nama Projek       
         
         
         
         
         

 

 

Satellite A: Open/Public/Industries (Local & International)

 

1. INTERLOCKING ECO-BRICK KKTM Sri Gading 1.Mohd Zulkefly bin Hamzah 2.Noor Haslam Amin bin Sabar Emas

2. GROOVE GRINDE KIT KKTM Kuantan 1.Azli Ihsan bin Yahaya 2.Mohd Rusdi bin Abdullah Hazam Emas

3. SMART LEVEL GAS DETECTOR KKTM Kemaman 1.Shahrizan bin Ahmad Shah 2. Syed Muhamad Hanis Fakhruddin bin Syed Zainal Abidin Emas

4. ROOF TILES FOR GREEN BUILDING KKTM Masjid Tanah 1.Samsul Anuar bin Sulong 2.Mohd Shahriman bin Sutan 3.Zailani bin Mohamed Perak

 

Tahniah kepada semua peserta Bahagian Kemahiran dan Teknikal mewakili MARA yang telah mendapat anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search