GALAK PELAJAR HASILKAN PRODUK INOVASI SEKTOR PEMBINAAN

Batu Pahat – 75 buah kumpulan pelajar daripada 7 program di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading berjaya menghasilkan pelbagai produk inovasi pembinaan di dalam pembentangan Projek Akhir Tahun yang diadakan pada baru-baru ini.

Menurut Pengarah KKTM Sri Gading, Shabudin Said, program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang kreatif dengan memupuk mereka merekacipta produk yang sejajar dengan keperluan teknologi pembinaan terkini.

“Antara produk-produk yang dihasilkan adalah Mini Road Sweeper, SMART Safety Cone, Hand Core Drill dan beberapa produk lain yang memberi manfaat kepada sektor pembinaan negara,” katanya.

Katanya lagi, produk-produk inovasi ini telah dinilai oleh wakil industri dan akademik yang dijemput oleh pihak penganjur yang mana kebanyakan produk ini mendapat maklumbalas yang positif daripada mereka.

Atas kejayaan ini, KKTM Sri Gading merancang untuk meneruskan program ini pada masa akan datang.

Read 23 times

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search