TUAH ROBOT TEMPUR DR. GADJET

Rate this item
(0 votes)

Hafizi, Ketua Pasukan Dr. gajet MM Khidmat Sdn. Bhd (barisan depan tiga dari kiri) menunjukkan robot tempur yang menjuarai MJII Robofighto 2018.

BERANANG, 25 Oktober – Robot tempur Dr. Gadjet MM Khidmat Sdn. Bhd. ciptaan pelajar-pelajar lepasan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) menjuarai MJII Robofighto Competition 2018 yang diadakan pada 23 hingga 25 Oktober 2018 di MJII, Beranang, Selangor.

Dua robot tempur yang dicipta oleh alumni MJII ini berjaya memberi saingan hebat sepanjang perlawanan sekaligus melayakkan mereka menjuarai pertandingan ini.

Siapa sangka, pertemuan mereka di kelab robotik MJII semasa belajar dulu mengekalkan persahabatan dan minat yang sama walaupun sekarang masing-masing sudah berkerjaya.

Menurut ketua pasukan, Mohamad Hafizi Jumbali berkata mereka bersyukur dan tidak menyangka menjuarai pertandingan ini memandangkan pasukan mereka bukanlah pasukan pilihan dan kejayaan ini adalah kerjasama pasukan yang amat fokus dan berdisplin dengan tugasan yang diberikan.

“Alhamdulillah, kami amat bersyukur dan tidak sangka menjadi juara Robofighto 2018. Kejayaan ini adalah kejayaan sepasukan. Kami fokus dan setiap ahli pasukan telah memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan,” katanya.

Tambah beliau, reka bentuk robot tempur ini adalah hasil rekaan pasukan Dr. Gadjet sendiri. Walau bagaimanapun, mereka amat berterima kasih kepada tenaga pengajar MJII, Zainal Ahamad yang turut membantu menjadikan robot tempur mereka lebih efisien.

“Kami cipta sendiri robot tempur ini, mengambil masa lebih kurang sebulan dan kami sangat hargai bantuan teknikal daripada sensei Zainal MJII,” katanya lagi.

Selain itu, Hafizi berkata elemen penting pertempuran adalah membaca strategi pihak lawan dan mengekalkan keadaan robot tempur seminima “zero maintainance”.

“Kami baca strategi lawan dan yang paling penting robot tempur kami sentiasa dalam keadaan “zero maintainance” memandangkan tempoh masa selenggara setiap perlawanan adalah singkat,” katanya.

Antara ahli pasukan Dr. Gadjet MM Khidmat Sdn. Bhd, pengurus, Mishhak Munangin, ketua pasukan, Mohamad Hafizi Jumbali, ahli pasukan : Muhammad Darwis Rusli, Muhamad Shamsul Muhamad Zakaria, Aiman Ruzlan, Nik Zahidi Nik Azami dan Abdul Rahman Abdul Samad.

Dalam pertandingan yang sama, pasukan Mista Raider dari MJII dan ADTEC Melaka B dari ADTEC Melaka masing-masing merangkul tempat kedua dan ketiga.

Read 46 times

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search