KAYUHAN AMAL BANTU PENDUDUK SETEMPAT

Pengarah KKTM Ledang, Fazli Rizal Ismail (berbaju Melayu) menyampaikan bantuan kepada salah seorang penerima bantuan sempena Program Kayuhan Amal Nostalgia Anak Malaysia KKTM Ledang 2018.

 

Tangkak, 30 Ogos – Skuad Prihatin dan Kelab SAIKEL Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang terus melaksanakan khidmat masyarakat dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui Program Kayuhan Amal Nostalgia Anak Malaysia.

Dilaksanakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-61, program ini merupakan acara tahunan warga KKTM Ledang dalam menzahirkan kecintaan kepada negara disamping menyuburkan amalan aktiviti kebajikan serta khidmat kepada masyarakat sekitar Parlimen Ledang dan Daerah Tangkak melalui kayuhan basikal.

Selain melahirkan warga KKTM Ledang yang sihat dan cergas, program ini juga memupuk semangat bersedekah sambil beramal melalui konsep “sentiasa prihatin kepada mereka yang memerlukan” disamping mengeratkan hubungan silatulrahim bersama penduduk setempat.

Bagi program kali ini, tiga penduduk asnaf di Kampung Sungai Bilah, Bukit Gambir telah menerima barangan berupa makanan, keperluan asas rumah, pakaian serta wang ringgit hasil sumbangan warga kerja KKTM Ledang.

Bantuan serta sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengarah KKTM Ledang, Fazli Rizal Ismail.

Read 152 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

HUBUNGI KAMI

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

MOBILE APPS

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2018 BAHAGIAN KEMAHIRAN & TEKNIKAL MARA

Search